Terapi MINDA orang kampung



KHAMIS
10 Jun 2021

Kedudukan PKP tenang. Rakyat tenang. Angka kes COVID-19 di Kelantan pada hari ini turun.

Petang ini hujan. Nak rehat dan terapi minda dibelakang rumah terganggu.

Kelmarin cuaca sederhana. Boleh bergerak panaskan badan.

Bersihkan kawasan bawah pokok durian belakang rumah. Durian peninggalan ayahanda. Mana tahu musim tahun ini ada luruh sebiji dua biji.

Ahmad Fathan JunduLLAH yang bercuti dari TAHFIZ AN-NUR jadi peneman. Sambil ajar “bakar sampah”. Minta berbuat sesuatu. Tak suruh tak pandai. Lagi, yang pandai pun tak rajin buat. Kita ibu bapa kena pandai suruh, bagi kerja yang sesuai dengan umur dan kebolehan anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *