٤ رمضان ١٤٤٢
JUMAAT
16 April 2021
Anak adalah anugerah ILAHI. Kekuasaan dan kebesaran ILAHI ada pada kehadhiran anak dalam hidup individu ibu dan bapa serta keluarga.
Seorang anak tidak tahu perancangan ayah dan ibu terhadapnya.
Anak juga kadang2 lupa keikhlasan ibu bapa terhadap mereka anak.
Tidak menjadi salah walau tidak tahu dan lupa sebab ibu bapa selalu mengingatkan anak supaya tidak lupa dan leka.
Lagi pun tahap pemikiran seseorang, apatah yang bergelar anak berbeza dan amat berbeza antara mereka. Ibu bapa mesti cepat mengesan keberbezaan ini.
-Gambar hiasan-
“Bila ada masalah, makanan yang digemari pun tak lalu dimakan”.
Namun,dalam perjalanan ini, setiap masalah anak, maka anak itu sendiri yang melapurkan kepada ibu dan bapa. Juga ibu dan bapa mesti memahami masalah anak sedetailnya.
Selain memahami masalah, ibu bapa wajib serius berusaha mengatasi masalah.
Untuk mengatasi masalah yang dalam masa yang sama wajib tidak lari dan tersasar dari matlamat utama.
Untuk mendidik supaya menjadi seorang “al-hafidz yang alim” tentu ada cabaran yang tak disangka-sangka.
Likuan perjalanan ini mesti ditempuhi dan dirempuhi dengan jiwa yang waja dan mantap. ان شاءالله.