3 Ramadhan 1442
KHAMIS
15 April 2121
Kerajaan mengUMUMkan, PKP lagi.
PKP, dasar kawalan pergerakan manusia iaitu rakyat yang secara langsung berhadapan dengan wabak.
COVID-19 di Kelantan jangkitannya berada diangka yang tinggi dengan meningkat.
Dipercayai, keadaan sedemikian adalah kerana pergerakan manusia bebas tak terkawal. Sedangkan penularan COVID-19 amat sensitif dengan keadaan kedudukan hubungan orang ramai.
Wujud keadaan bersesak dan rapat ditempat ramai. Dalam keadaan tidak mengamalkan penjarakan dan tidak memakai penutup muka dan bersalaman.
Dua kesan jelas. Jangkitan berlaku melalui PERNAFASAN dan SENTUHAN.
Dalam masa yang sama, tidak ada KAWALAN RAPI dan KETAT dari pihak berwajib.
Tahap pemikiran orang ramai dalam pengawalan COVID-19 amat lemah. Paling jelas ketika melibatkan makanan di restoran atau dimajlis khenduri.
Semuga PKP memberi kesan dan pengajaran yang baik. Membina dan mencipta “watak baru” dalam “normal baru”. ان شاءالله.
والله اعلم
Terima kasih.
Dari saudara anda dijalan ALLAH
FIKRI BIN AWANG
Masjid Uthmani Kampung Kolam
16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Hp : 013-99 764 99