AHAD
11 April 2021
Patut dibimbangi.
Kesan dari kebimbingan kepada keadaan sebagaimana fakta diatas lalu pihak Kerajaan Negeri terpaksa buat keputusan dan arahan drastik.
Sedangkan kita diambang Ramadhan 1442
Beginilah jika nak jaga SOP. Gambar dibawah adalah suasana pada waktu pagi disekolah sebelum masuk kelas !
Untuk elak “bbolok”, bersesak rapat mesti berbaris !
Bolehkah “orang kampung” patuh dan amal SOP ?. Kata bahasa Kelantan, “bbolok” bererti bersesak ditempat membeli pasti berlaku. Tak terkawal.
Pihak pengawal, tidak serius mengawal keadaan dipasar. “Orang kampung” dengan gaya kampungnya, “bbolok” rapat dekat. Lalai.
Kesan keLALAIan ini sangat membimbangkan. “Kluster majlis khenduri” yang menjadi sebab merebak dengan cepat !.
Masyarakat mesti berfikir dan bertindak “cara lama yang ori” iaitu “cara sunnah RasuluLLAH SAW”.
Selesaikan yang wajib iaitu majlis aqad nikah dan sedikit jamuan melibatkan kedua belah pihak yang utama iaitu ; 2 pengantin lelaki, 4 “besan” iaitu ibu bapa kedua belah pihak dan 4 saksi aqad nikah kedua belah pihak serta seorang juru nikah. Itu sudah berapa orang. Jika nak dihadkan, itu sudah berapa individu yang terlibat ? Maka, itulah yang wajib.
Jika nak khenduri kecilan, ajaklah ahli jamaah solat masjid yang berhampiran sebagai “pengisytiharan” perkahwinan kedua mempelai untuk meMAKLUMkan kepada masyarakat bahawa si uda dan dara telah sah sebagai suami isteri.
Semua, “insyaALLAH” selamat dan tenang walau dirasakan terkilan kerana tidak meriah tanpa khenduri besaran dengan ribuan jemputan, ada DJ dgn mikrophonenya, dan alunan lagu klasik P.Ramlee, Ahmad Jais dan Sharifah ini yang melalaikan !.
Macamana ? Islamikkah ? patuh syariatkah majlis begitu ?
والله اعلم
Terima kasih.