Jumaat akhir Sya’baan 1442

27 Sya’abaan 1442
JUMAAT
9 April 2021

Syukur kehadrat ILAHI, hari ini bersama Ahmad Fathi Rabbani ( AFR ) ditakhdirkan dapat solat Jumaat di MASJID MAHMUDI, Pantai Irama Bachok.

Ambil AFR diasrama DARUL KAUTSAR ( DK ) kemudian terus ke Bachok.


Bangunan asrama DK


Masjid Darul Kautsar.

Hari ini, semua dimudahkan dan licin perjalanan. Tiada yang terkilan.

Sampai di Masjid Mahmudi jam 1:05 minit diambang waktu azan Jumaat pada 1:12 tgh. Dapat solat tajyat-ul-masjid dan qabliah Jumaat. Boleh berada di saf ketiga.

Dapat mendengar khutbah dengan sebaiknya.

Sebelum berkhutbah, Tuan Imam berpesan kepada makmun yang terpaksa solat secara duduk diatas kerusi supaya berdiri terlebih dahulu ketika hendak takbiratul ihram kemudian duduk selepas takbir.

Ini persoalan Feqah mengikit mazhab Shafie. Jika tidak boleh berdiri secara sendiri maka kena berusaha berdiri sambil menyandar ditiang atau dinding ketika hendak takbir.
Jika tidak dapat berdiri juga maka ketika hendak takbir hendaklah ada pembantu memegang kemudian seleoas takbir baru boleh duduk atas kerusi.

Tujuan diperingatkan begitu kena hendak menjaga rukun solat BERDIRI. Tentunya bagi yang mampu !!


Sebelum solat tahyatul masjid.

Penjarakan kedudukan dalam saf.

Kepatuhan kepada PKPB.

Kedudukan kes COVID-19 pada hari Jumaat – 9 April 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *