AHAD
27 March 2021
“Abi serahkan kepada ALLAH. Maka jagalah ALLAH. Apa saja masalah hendaklah diadukan kepada ALLAH. Jadikan diri suka bermunajat..bercakap dengan ALLAH. ALLAH Maha Mengetahui rahsia hati dan hidup kita”.
Juzu’ 29 : Surah Nuh
Begitulah pesan kepada anak ketika menghantar anak keasrama. Dari Fathi Rabbani di MQKB. Kemudian kini berpesan kepada anak kedua dan ketiga yang berada diasrama.
Masa belajar, berbagai masalah yang dihadapi. Masalah diri kita sendiri dan masalah dengan orang lain.
Disebuah madrasah, ada ketika pelajar sesuai dan selesa dengan guru tapi tak selesa dengan kawan-kawan. Ada masa selesa dengan kawan diasrama tapi tidak selesa dalam perkara lain.
Kita kena amat memahami bahawa apa saja masalah adalah sebagai ujian ALLAH dan akan selesai masalah dengan sabar dan solat. Bermunajat, berdoa kepada ALLAH adalah rahsia
kekuatan dan penyelesaiannya.
Ketika hendak berpisah, ibu dan bapa terlalu amat memahami perasaan anak. Anak tidak memahami bahawa ibu dan bapa amat memahami hal keadaan anak.
Namun anak pun perlu memahami bahawa ibu bapa pun “rasa sedih” juga ketika hendak berpisah.
Demi masa depan, maka ilmu wajib dituntut. Selain dari perkiraan masa depan, menuntut ILMU adalah tugas kita MUSLIMin dan MUKMINin.
Hanya kepada ENGKAU ya ALLAH aku menghambakan diri dan kepada ENGKAU aku mohon pertolongan.
والله اعلم
Sekian.
Terima kasih.
Saudara anda dijalan ALLAH
FIKRI BIN AWANG
MASJID UTHMANI Kampung Kolam,
16400 Melor, Kota Bharu,
Kelantan DN.
013-9976499
Saya selaku Pengerusi MASJID UTHMANI ingin meMAKLUMkan kepada anda, saudaraku seaqidah seperjuangan bahawa saya dan keluarga ( AJK ) merancang untuk membina MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI.
Kerana MASJID UTHMANI telah siap dibina maka sangat tepat kembali kepada rancangan asal iaitu untuk membina sebuah MADRASAH TAHFIZ.
Kini, status masjid diguna oleh orang awam termasuk pelajar SEKOLAH MENENGAH ( ARAB ) DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH yang berada disebelah MASJID UTHMANI.
Kepada saudara yang ingin INFAQ fi-sabiliLLAH dalam bentuk sumbangan atau zakat boleh menghubungi saya atau terus ke akaun MASJID UTHMANI.
MOHON hubungi saya untuk KETERANGAN lanjut. ان شاءالله