SOLAT berjamaah

JUMAAT
13 Sya’ban 1441
26 March 2021

Selepas menTAUHID dan berIMAN kepada ALLAH lalu FAHAM maknanya, maka seterusnya, selaku hamba yang berTAUHID dan berIMAN wajiblah menjaga TAUHID dan IMAN itu.

Seterusnya WAJIB memahami dan meneruskan tugas menyeluruh sebagai hamba ALLAH SWT dengan berJIHAD dijalan NYA.

Seutama-utama JIHAD dijalan ALLAH selepas FAHAM hal sedemikian ialah melakukan atau mendirikan SOLAT dan solat didirikan secara berJAMAAH.

Suatu hari, solat berjamaah dzuhur di Masjid Jamek Peringat, Kota Bharu. Masjid yang diubah suaikan, berwajah baru.

Solat berjamaah amat dititik beratkan dalam ISLAM. Perlu kita pelajari serta fahami ayat al-Qur’an dan al-Hadith, ajaran dan kehendak serta perintah ALLAH SWT kepada RasuluLLAH SAW.

Setelah memahami maka kita berJIHAD untuk merealisasikan kefahaman. Sentiasa berusaha untuk solat fardhu berjamaah yang paling afdhal dimasjid jamek.

Jika tidak dapat dimasjid jamek bolehlah solat dimasjid i’tikaf. Masjid i’tikaf biasanya ada terbina dikampung atau disebuah madrasah.

Jika tidak sempat dimasjid jamek atau dimasjid i’tikaf maka usahakanlah solat berjamaah bersama ahli keluarga dan sahabat yang terlibat walau dirumah sendiri atau dbilik hotel ketika bermusafiran.

Jika tidak dapat, itulah antara makna yang terkait dengan ujian ALLAH keatas hamba NYA.

…… dari tajuk yang dikemukakan ini akan bersambung seterusnya pada tajuk yang akan datang.

والله اعلم
Terima kasih

Saudara anda dijalan ALLAH

FIKRI BIN AWANG
Masjid UTHMANI Kampung Kolam,
16400 Melor, Kota Bharu,
Kelantan
013-9976499

Saya selaku Pengerusi MASJID UTHMANI kini sedang merancang untuk membina MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI berhampiran MASJID UTHMANI.

Jika saudara ku seaqidah seperjuangan terbaca blog ini, saya berMOHON agar dapat mendoakan saya supaya dipermudahkan urusan untuk mengumpul DANA untuk tujuan pembinaan madrasah. “ان شاءالله”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *