KHAMIS
18 March 2021
“Ingin berBAKTI”, tajuk yang dipaparkan. Suatu ucapan dari hasrat sesiapa saja.
Dalam kontek MUKMINin, berBAKTI secara kefahaman mukmin, dari pengajaran ISLAM. Begitulah sebaliknya.
Bagi non-muslim pun sedemikian. Berbakti dalam ertikata berbuat baik sesama manusia menjadi hasrat setiap manusia.
Paling mudah difahami, setiap yang berkeluarga, pasti mempunyai hasrat ingin membuat bakti kepada yang tiada khilaf tentang kasih sayang iaitu kepada anak-anak dan isteri.
Bagi ibu bapa yang memahami kelebihan dan keperluan ilmu, tentu berhasrat tinggi untuk mengILMUkan anak sama ilmu apa pun.
Untuk mendapatkan ilmu perlu lalui jalan yang telah ada yang tersedia atau perlu dirintis jalan baru.
Jalan yang telah ada adalah jalan biasa. Sukatan pengajian dan pembelajaran dari sekolah rendah “kebangsaan” ( darjah 1 hingga 6 ), dari tingkatan 1 hinggan tingkatan 6 ( peringatan menengah kebangsaan ) seterusnya ketahap diploma dan seterus yang lebih tinggi keperingkat ijazah pertama dan kedua. Boleh diangkat lagi sehingga ke “doktor” Phd.
Kini muncul jalan baru dengan kewujudan pusat pengajian swasta samada dalam bidang “diniah”, ( agama ) atau bidang akademik.
Masjid Darul Kautsar, Kampung Kuchelong, Jelawat.
Bangunan tempat pengajian Darul Kautsar.
Masjid Darul Kautsar
Jarak antara Masjid Darul Kautsar dengan tempat kelas pengajian.