Terima KASIH Ustaz Li

RABU
17 March 2021

الحمدلله, syukur kehadrat ILAHI. Tengahari tadi berhubung dengan Ustaz Li, guru tahfiz di Tahfiz An-Nur.

Ketika itu beliau berada dalam kelas. Ketika saya belajar dulu, waktu sebelum azan zohor ialah waktu baca “sabki”.

Nama “sabki” ialah nama bagi waktu pelajar mengulangi ayat yang telah dihafaz. Ayat yang berdekatan sebelum “sabaq”. Sabaq ialah pelajaran ( ayat yang terkini / terakhir yang sedang dihafaz ). Ini istilah dari sistem penghafazan dari Pakistan.

Minta dengan Ustaz Li, “tolong, budi bicara Ustaz Li hantar gambar “Tok Bilal” Fathan JunduLLAH. Fathan JunduLLAH bagi tahu, setiap waktu dzohor hari Rabu beliau jadi muazzin di Tahfiz An-Nur.


Anaknda AHMAD FATHAN JUNDULLAH sedang menunggu giliran untuk baca depan gurunya, al-Fadhil Ustaz Li.


Arif sedang membaca dan Fahmi yang menyemak bacaannya.


Tumpuan perhatian, fokus atau tawajjuh amat penting. Antara disiplin yang tak mahu terganggu dengan sebarang unsur gangguan.

Semuga dibantu ALLAH SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *