RABU
17 March 2021
“Anugerah ILAHI hari ini”. Sama seperti hari yang lalu. Selagi hayat dikandung badan, rezeqi didunia ini tetap ada. Ini janji الرزاق ALLAH, Yang Maha MengANGERAHi REZEQI.
Namun hari ini, selepas hantar anak di ITTIHADIAH Tanjung Pagar singgah di Kedai Ketereh.
Di premis tukang jahit Abdul Rahim menjadi tempat yang rutin disukai.
Bersama saudara Abdul Rahim, saudara Ibrahim dan abang Haji Qassim setajuk dua tajuk tentang isu semasa baru beredar ketempat yang dirancang.
Tiba2 sampai sebuah kereta Mercedes mengambil ruang letak kereta.
Turun dari kereta seorang hamba ALLAH mencari abang Haji Qasim. Berjumpa !!. Nampak mesra dengan abang Haji Qasim. Membahasakan dirinya “Ayah Mad”, dari Beserah, Kuantan. Beliau adalah saudara mara abang Haji Qassim.
Beliau, seorang yang berwatak berkeperibadian sederhana.
Berkenalan dengan beliau. Pengarang kepada sebuah buku yang bertajuk “USUL al-TAHQIQ”.
الحمدلله ….ini yang dimaksudkan RAHMAT hari ini. REZEQI yang tak disangka. Ayah Mad menghadiahkan kepada saya buku karangan beliau.
جزاك الله خيرا كثيرا. Itulah ucapan yang selayaknya.