27 Rejab 1442
SABTU
13 March 2021
Kunjungan terakhir saya ke bumi suci Mekah ialah pada 2006.
Sebelum ini, bermula 1996 saya menetap “secara haram” di perkampungan Ajyad Sud kerana menuntut ILMU. Akhir tahun 1999, saya “terpaksa balik” ke kampung.
Tahun ini juga merupakan tahun terakhir saya menetap di Ajyad Sud. Tahun seterusnya iaitu tahun 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005, pada setiap bulan Ramadhan saya mengunjungi kedua Tanah Suci.
Tahun 2002 saya kahwin di Mekah. Saya di “aqad nikah” pada hari 26 malam 27 Ramadhan didalam Masjid Haram iaitu di jalan masuk menuju ke ka’abah diruangan Bab-ul-Fattah.
Sejak saya mula membina MASJID UTHMANI pada 2007, saya tidak lagi ke Tanah Suci Mekah kerana rezeqi yang ada ditumpu untuk pengumpulan bagi membina masjid.
Masjid Baba Sin ini Tuan Guru “Baba Sin” mengajar ilmu tafsir dan al-hadith RasuluLLAH SAW.
Tuan Guru Baba Sin Siraj.
Ramai pelajar dari Malaysia dan Thailand “mengadap”, menuntut ilmu secara “talaqi” dengan Tuan Guru Baba Sin.
Dalam masjid Baba Sin.
Pemandangan jelas dari atas perkampungan bukit Ajyad arah Masjid Haram.
Di Bukit Ajyad Sud, merupakan perkampungan orang Melayu di Tanah Suci.
Terdapat mereka yang bertaraf guru dan ulamak menetap disini. Lalu ramai anak2 Melayu dari Malaysia, Thailand dan Indonesia yang menuntut ilmu disini.