DEBARan tunggu pengUMUMan

AHAD
1 Mac 2021
Saya sungguh berdebar kini menunggu hari esok. Apakah PKPB akan bersambung yang menyebabkan tidak dapat merentas negeri dan daerah lagi ?. Itu persoalannya. Tak dapat lagi untuk menziarahi menemui AHMAD FATHAN JUNDULLAH di TAHFIZ AN-NUR Sungai Tong.

Esok adalah keputusan pihak kerajaan. Keputusan yang menentukan pergerakan. InsyaALLAH, ada takhdir yang baik esok !!

Hati teringatkan kisah 18/2/2021 yang lalu. Bila dikhabarkan kepada AHMAD FATHAN JUNDULLAH bahawa abi dan mama tidak dapat jumpa lagi kerana kerajaan sambung lagi dari PKP ke PKPB yang akan tamat pada 4/3/21 maka Fathan bertanya, dengan kata, “bolehkah tak sir duduk sini ?” [ bolehkah tak mahu lagi tinggal diasrama ini ? ]”.

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui hati ini ketika itu. Air mata mengalir bila terdengar kata2 itu. Kanak2 tertekan dengan suasana ini. Adakah kanak2 lain juga sedemikian ?

AN-NUR Sungai Tong adalah tempat yang sesuai untuk AHMAD FATHAN JUNDULLAH “insyaALLAH”

Sudah dapat menyesuaikan diri dengan kawan2 di AN-NUR. Dengan ujian covid-19 ini terkesan juga. Kini, setelah sebulan masuk kelas tahfiz, sudah hafaz juzu’amma. Dan kini sedang hafaz Surah al-Haqqah.

Sabarlah anaknda AHMAD FATHAN JUNDULLAH. Ini ujian untuk Alan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *