KeLEBIHan ada dimana jua

23 Februari, 2021
SELASA.

Al-HamduliLLAH…Dengan suatu kesedaran kepada pegangan yang mengikat dalam hati dengan penuh yakin bahawa kita adalah hamba yang lemah dalam sudut mana pun.

Saya meneruskan catatan disini atas semangat asal, untuk menyumbang sesuatu walaupun kecil dan dirasakan tidak penting.

Namun semangat untuk istiqamah menulis tidak pernah padam. Terkadang, rasa malu kepada diri sendiri bila menasihati pemuda yang ditemui. Saya menasihati, “Tulislah apa saja. Buat, bukalah blog personal. Catitlah sesuatu dalam perjalanan hidup ini. Hari ini mungkin rasa tak perlu tapi suatu hari nanti, mungkin seronok dibaca oleh anak sendiri. Dalam catatan, tulislah pesanan dan peringatan kasih sayang”.

Walaupun demikian, saya teruskan usaha ini sebagai salah satu kegiatan dalam PERJALANAN MENUJU RABBINA yang amat mahal tak ternilai ini.

Tiada apa yang nak dikatakan. Diatas adalah sejenis pokok dalam katogeri herba, namanya temu lawak yang saya niatkan sebagai penguat, daya tahan badan yang asli.

Patut ditanam kerana ia sangat mudah hidup. Bajanya hanya bahan bakar. Kelebihannya nikmat ini cukup banyak.
“in sya ALLAH”.

Sehari dua ini, Malaysia khususnya segar dengan berita semasa bertajuk VAKSIN. Boleh dikatakan 100 % media massa mengutarakan beritz tentang VAKSIN. Bahan pencegah COVID-19 ini menimbulkan kontroversi yang sengaja di pro dan kontranya. Panjang bicara dari tokoh agama dan tokoh sains. Harapan cukup tinggi.

Semuga ALLAH SWT membantu kita semua untuk menuju kearah ketenteraman dan keselamatan.

Terima kasih.
WalLLAHu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *