Abi SERAHkan kepada ALLAH



—————————————-
8 Ogos
SABTU

الحمدلله
Segala puji pujian yang paling sempurna kepada ALLAH SWT. Pujian yang tak terucap dengan lisan dan perkataan. Hanya ALLAH jua Yang Maha Mengetahui akan pujian yang selayak untuk zat NYA.

Hari ini, saya bersama ibunya dan anaknda Ahmad Fathan JunduLLAH, 11 menghantar anaknda AINUL FATIHAH MUJAHIDAH di madrasah tempat pengajian penghafazan al-Quran di Madrasah Tahfiz Quran Atas Tol, Terengganu.

الحمدلله
Setelah cuti mengikut peraturan jadual madrasah dan sambung cuti berikutan dengan ujian pendamik COVID-19 maka pihak madrasah mengarahkan pelajar “dibenarkan memasuki madrasah” kembali pada hari ini.

Bertolak pagi lagi dari Kelantan. Singgah solat Jumaat di Masjid Ehsan Petronas, Batu Rakit.

Kedatangan ke Madrasah ini kali ini membuahkan rasa dan keyakinan baru. Pelajar akan lebih selesa menghafaz al-Quran bila pihak madrasah meMAKLUMkan bahawa tanah dibelakang madrasah telah dibeli untuk pembinaan pembangunan madrasah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *