PENGORBANAN asas perTAUTan kukuh


———————————————-
٢٢ رمضان ١٤٤١
22 Ramadhan 1441
JUMAAT
———————————————-

———————————————-


PAS dan UMNO berTAUT setelah melalui likuan perjalanan panjang yang penuh mencabar.

Bermula bersama atas nama Melayu yang Muslim sematlamat kemudian berpecah dan bermusuhan.

Perbezaan “taraf nafsu” dan perbezaan penghayatan ISLAM antara pemimpin UMNO dengan pengikut pada masa itu memulakan likuan perselisihan ketara.

Sebelum wujudnya PAS, pimpinan PAS pada 1951 dan sebelumnya adalah bersama UMNO.

Pimpinan PAS mufaraqah dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) kerana teguran sebagai ahlinya kepada pimpinan UMNO masa itu tidak diendahkan sedangkan teguran yang berlaku adalah kepada kesalahan dari sudut syarak.

Sebelum MALAYSIA dikuasai PAKATAN HARAPAN yang didominasi DAP, iaitu sebelum PRU 14 telah wujud bibit penyatuan “kerjasama” antara PAS dan UMNO dalam berdepan dengan PH, lawan pada masa itu.

Selepas PRU 14, pada 9 Mei 2018, PAKATAN HARAPAN ( PH ) membentuk kerajaan baru menggantikan Kerajaan UMNO – BARISAN NASIONAL.

Setelah PH memerintah, jelas dasar baru dan penghayatan pemerintahan mereka merugikan ISLAM dan MELAYU serta MALAYSIA dari sudut masa depannya.

Ringkasnya, PH jatuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *