PENYAKIT gedebe

١٢ رمضان ١٣٣١
12 Ramadhan 1441
SELASA
5 Mei 2020
————————————–

“Penyakit gedebe”

2003 saya diuji الله dengan penyakit dibetes….kencing manis. Disahkan oleh Al-Fadhil Dr Ziad di Klinik Ziad Azahari, Melor. Ketika itu bacaan gula dalam darah 26.0.
Mula ambil ubat. Saya minta ubat yang terbaik. Dr Ziad bagi AMARYL.

Terkini, sebagai jalan ikhtiar menghadapi penyakit ini ialah melalui kepakaran di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Saya dibekalkan insulin sejak 2013.

Penyakit ini, dalam perbualan saya dengan Al-Fadhil Dr Ziad Sahab dari Klinik Ziad Melor, katanya, dipanggilnya penyakit ini sebagai “penyakit gedebe”.

Mungkin selain dari orang Kelantan tidak serasi dan tak berapa faham apa maksud “gedebe” ini.


Gambar : 6:30 petang hari ini – Selasa.

Gambar : Semalam 4 Mei 2020 – Isnin.
Semalam, baru saya mula makan anti biotik dengan nasihat Al-Fadhil Dr. Ziad Sahab.


Gambar : 3 Mei 2020 – Ahad
Hari Ahad ini saya hanya cuci tempat luka dan ambil ubat anti septik “kuning”.

Air yang diguna untuk cuci tempat luka terkena plastik panas itu.

Ubat anti septik “ubat kuning” disapu selepas terkena plastik panas cair dan luka.


Terkini, nampak merah “kuman” tapi tak sakit atau berdenyut.

Anti biotik dibawah baru makan 2 biji ( maghrib “berbuka” semalam dan sahur pagi ).

Jari telunjuk kanan ini adalah jari yang selalu kebas. Sekiranya kemerahan “kuman” menguasai lagi esok, saya bercadang nak jumpa Al-Fadhil Dr Ziad Sahab.

ان شاءالله selamat jari saya. ” امين ”

Gambar bawah : Keadaan jari terkini. Mei 7.

Setelah 3 hari makan anti biotik.

Anti biotik


Disamping makan anti biotik, juga kena bersihkan dan sapu anti septik.

Jagaan “penyakit gedebe”.

Gambar atas ; Khamis – 7 Mei 2020.
Nampak kering sikit walau kemerahan masih kekal sekeliling.

Semuga tidak membahayakan ! “Aamin”

Hari ini jumpa dan minta khidmat Dr Ziad setelah nampak baik sikit seperti gambar atas, Dr Ziad bagi anti biotik baru seperti gambar dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *