١٠ رمضان ١٤٤١
AHAD
3 May 2020
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam saya tertuju kepada saudaraku seaqidah, sahabat dan rakan taulan dimana saja.
الحمدلله
Segala syukur kehadrat الله yang menganugerahi, melanjutkan usia kita kehari 10 pada bulan RAMADHAN al-Mubarak ini.
RAMADHAN 1441 H / 2020 adalah Ramadhan yang amat berbeza berbanding dengan Ramadhan yang lalu. Dalam ingatan saya yang telah melalui kehidupan lebih separuh abad ini, inilah kali pertama rasaan sebegini. Saya tak tahu rasaan anda !. Namun, andai tidak banyak pun tentu ada persamaannya pada sudut tertentu yang tidak terucap dengan perkataan. Tentu rasa takut “terkena” ada pafa setiap kita walau rentak perjalanannya nampak sama. Berbezanya hanya kerana adanya arahan pemerintah, PKP..”PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN”