NIKMAT anugerah الله amat terasa الحمد لله bila kedudukan dan perkembangan serta tahap permasalahan semakin menurun.
Kedudukan terkini di Kelantan amat baik.
Hari ini hari akhir PKP3, esok bermula PKP4 selama 14 hari lagi.
Disebuah negeri yang terkenal dengan pelbagai kueh mueh traditional dan kaum wanita yang aktif berniaga khususnya di Pasar Ramadhan kini menjadi lesu berikutan “jadual الله” melalui serangan wabak COVID-19.
Pasar Ramadhan menjadi semacam “budaya pasif” jika dilihat dari sudut hikmah Ramadhan yang bukan bertujuan untuk mengikut selera nafsu makan kini dengan ketiadaan Pasar Ramadhan banyak kebaikan terhimpun dirumah masing-masing.
Apa tidaknya, perintah PKP membenarkan ketua keluarga saja yang dibenarkan keluar mencari keperluan. Ini selaras dan secocok dengan ISLAM. Ketua keluarga kepasar, mencari apa yang diingini mengikut seleranya dan bawa balik kerumah untuk dimasak.
Dirumah, isteri dengan kerjasama anak memasak. Hidup suasana tolong menolong atas sebuah rumah. Anak boleh merasai hasil tangan ibu tercinta yang memasak dengan penuh kasih sayang kepada anaknya.
Kebiasaan, sebelum PKP yakni merujuk kepada Ramadhan yang lalu, suami isteri dan anak berpimpin tangan di Pasar Ramadhan. Sekali masuk pasar lalu membeli meraikan selera. Semacam RM 20 hinggan RM 30 mesti disesuaikan dengan belanjawan harian dan dan bulanan. Dari sudut ini, Pasar Ramadhan tidak membentuk suasana yang menguntungkan kemesraan hubungan keakraban dalam sebuah rumah tangga.
Namun, orang yang mencari rezeki di Pasar Ramadhan agak terasa terganggu sikit !
Semuga ujian ini membuahkan bahan fikir dan tindakan yang baik untuk kaum muslimin.