Terengganu mengGUNUNG

ISNIN

20 APRIL 2020

الحمدلله

Saya bersyukur.  Saya mengharap. Saya menggesa. Saya mengkritik.

بسم الله الرحمن الرحيم

Juga saya bersyukur, mengharapkan, menggesa dan dan mengkritik dengan  mengaitkan dengan nama ALLAH.

Bila mengaitkan dengan nama ALLAH, tentulah saya  mengharapkan keredhaan NYA “Perjalanan Menuju RABBINA” ini. Dalam tulisan ini.

Saya mengikuti wawancara Dato’ Seri Dr. Samsuri. Sejak PN mentadbir Putra Jaya, banyak wajah pemimpin yang dulunya tak boleh masuk TV kini masuk siaran TV.

Biasalah, dulu pemimpin ini dari pihak pembangkang kepada seluruh kerajaan yang lepas.

Setakat ini, yang saya ingin sebut nama disini ialah YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, YB. Dato’ Dr. Samsuri dan YB. Ahmad Marzuk Saary telah memasuki layar TV.

Kini giliran PAS kerana PAS dari kalangan pemerintahan Kerajaan PN di Putra Jaya.

Parti pemerintahan mesti bercakap. Menerangkan dasar kerajaan dan parti yang diwakili. Rakyat pun ingin mengetahui dasar dan pandangan mereka.

Zaman UMNO-BN, zaman PH, zaman Tun Mahathir jadi PM 4 ia itu zaman UBN,  zaman  PM 5 Pak Lah, zaman PM 6 Najib ketika UBN masih berkuasa dan zaman PM 7 Kerajaan PH selama 22 bawah Tun Mahathir , PAS tak pernah  diberi laluan dikaca  saluran TV.

Kini PAS boleh menerangkan dan perlu menerangkan dasar parti mereka, dasar pentadbiran PAS dinegeri yang diperintah oleh parti itu dan keputusan terkini.

Rasa senang hati bila Dato’ Dr Samsuri berupaya menerangkan apa yang berlaku kini dalam pentadbiran Negeri Terengganu sehubungan dengan Kerajaan Pusat Putra Jaya.

Terdapat khabar Kerajaan Pusat membayar royalti hak Terengganu  dan memotong  25 % hutang Terengganu dari wang  pembayaran royalti. Juga khabar bahawa pihak Kerajaan Negeri Terengganu ingin memohon dikurangkan potongan royalti dari 25% itu. Terdapat kenyataan Dato Dr. Samsuri bahawa harapan dan target Kerajaan Negeri Terengganu ingin menjadi negeri pertama yang tidak mempunyai hutang dengan Kerajaan Pusat, “ان شاءالله ”

Justeru, apa lagi ? Ada lagi !, namun apa yang berkhabar itu adalah suatu kenyataan rahmat untuk Negeri Terengganu, الحمد لله.

Moral UTAMA yang sepatut muncul ialah Gunungkan Terengganu dengan kebaktian dan kebajikan untuk mengekalkan pengaruh ISLAM dan perjuangan PAS di Darul Iman ini. Rakyat boleh terus menyokong bila pemimpin baik dan dan berkaliber berkebajikan dan berkebaktian. “ان شاءالله ”

والله اعلم

Sekian. Terima kasih.

٢٦ شعبان ١٤٥١

Dari ;

FIKRI BIN AWANG

Hp ; 013-99 764 99

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *