……………………………………………..
AHAD
٢٥ شعبان ١٤٤١
19 APRIL 2020
……………………………………………….
الحمدلله
Syukur kehadrat ILAHI dengan segala anugerah NYA.
Realiti hidup kita yang sepatutnya selalu dan sentiasa dihidupkan serta diperbincangkan dengan tawajjuh.
Menjaga ketaatan adalah kerja iman. Iman itu hanya ada pada MUKMINin.
Engkar itu adalah sifat induk dan kerja utama syaitan sepanjang hayatnya.
Line syaitan untuk menyempurnakan kerjanya ialah nafsu.
Fokusnya ialah nafsu manusia. Nafsu yang ada pada manusia itu diperintah dipertanggungjawabkan sehingga akhirat.
Syaitan telah kemuncak merajai nafsu sehingga “sempurna keengkarannya”, sehingga jadi kufur.
Syaitan tidak boleh duduk diam tanpa mengajak dan menyeru manusia supaya engkar perintah walau engkar perintah PKP.
Engkar dengan makna yang bukan semakna engkarnya sehingga kufur menolak dan tidak beriman dengan ISLAM.
Engkar dengan maksud tidak setuju dengan arahan PKP. Engkar dalam pengolahan politik !!!
Pemimpin yang nampaknya “semacam engkar” PKP itu bukan engkar. Tapi jika pemimpin yang menyeru supaya PKP tidak dipatuhi itu adalah yang engkar.
Penolakan secara resmi kepada perlaksanaan PKP juga termasuk “seruan keengkaran” jika disertai serentak dengan amalan ketidakpatuhan.
Mengkritik PKP dengan membuta tuli itu adalah ciri keengkaran yang disebabkan ketidakterimaan dan tidak mengiktiraf kerajaan yang mengeluarkan arahan dan perintah PKP.
Di tempat mana dan siapa yang “tidak setuju” dengan perintah dan dan perlaksanaan PKP ? Itulah nafsu yang telah dikuasai syaitan sebab asas kewujudan PKP ini adalah untuk jaga ISLAM dan memelihara IMAN.
Siapa yang tidak setuju usaha jaga ISLAM dan IMAN ? Itulah syaitan
Jika nafsu, itulah nafsu bersifat mazmumah yakni tercela !!
Perlu difahami, mereka yang sedang bertugas dan berada serta melakukan sesuatu yang dalam lingkungan tugas tidaklah menjadi masalah dan dan tentu sekali tidak termasuk dalam keengkaran. Apa pulak engkarnya ?.
Itu lingkungan tugas. Dan tugas antara seseorang itu tentu berbeza pendekatan dan cara sebagaimana berbeza jawatan mereka.
Ingat !! Syaitan dan nafsu berta’awuun untuk merosakkan hamba !!.
Dibawah ini, saya screenshot tulisan Dr Ridhuan Tee untuk tatapan dan kenangan semasa berfikir sedetik !
Semuga kita selamat dari gangguan syaitan. Justeru, jaga nafsu kita supaya dikuasai iman dan keimanan atas dasar induk kita mentauhid mengabdikan diri kepada الله.
والله اعلم
Sekian. Terima kasih.
٢٥ شعبان ١٤٤١
FIKRI BIN AWANG.
013-99 764 99