BerGERAK dengan berFAEDAH

JUMAAT

٢٤ شعبان ١٤٤١

17 April 2020

PKP 3 masuk hari ke 2. Manakala kita akan memasuki Ramadhan  tinggal lagi 7 hari lagi. Ramadhan 1441, tahun ini 2020 dijangka pada hari Jumaat depan bersamaan 24 April 2020.

Ajak Ahmad Fathan bersama bersih kawasan rumah dalam kePATUHan.

Masukkan pergerakan bersama Ahmad Fathan JunduLLAH dalam statis FB  saya.

Kanak2, ada perkara yang boleh disuruh tanpa penyertaan bersama dan ada perkara boleh disuruh beserta penyertaan bersama baru berkesan.

Ingat !! dua keadaan ; (1) penyertaan bersama dan (2) tidak penyertaan bersama. Perkara yang disuruh, tengok perkara.

Tema pergerakan kali ini ialah ; BerGERAK  dengan berFAEDAH.

Tentu pada masa depan, untuk menjaga “kawasan MASJID UTHMANI” seluas 2 ekar setengah yang melibatkan sebuah bangunan MASJID UTHMANI dan sebuah MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI memerlukan disiplin yang tinggi.

Sekiranya hati tidak dikukuhkan dengan “rasa berFAEDAH” tentu untuk menjaga kawasan itu terasa berat dan susah.

Hati hendaklah dikunci kukuh dengan “rasa berFAEDAH” diakhirat. Inilah yang utamanya !! “insyaALLAH”

 

Semuga ALLAH mempermudahkan urusan ini.


Sekian

والله اعلم

Terima kasih

Dari ;

FIKRI BIN AWANG.                    Pengerusi Masjid Uthmani,  Kampung Kolam, 16400, Melor, Kota Bharu,                    Kelantan Darul Naim.            Hp ; 013-99 764 99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *