MASJID UTHMANI, walaupun ia bukan hak milik Sekolah Menengah Agama Darul Ulum Al-Muhammadiah ( SMADUAM ) Kampung Kolam tetapi kini ia lebih dikenali “masjid sekolah Arab”. SMADUAM adalah hak milik YIK “Yayasan Islam Kelantan”
Keadaan ini kerana beberapa perkara ; (1) Kedudukan masjid yang terletak bersebelahan SMADUAM. (2) Terkini, pelajar SMADUAM yang sentiasa mengimarahkan MASJID UTHMANI. (3) Pihak SMADUAM, iaitu warga SMADUAM banyak membantu pembinaan MASJID UTHMANI. (4) Tiadanya “fokus” dan program untuk mempopularkan nama MASJID UTHMANI kepada masyarakat umum walau telah ada nama khusus iaitu MASJID UTHMANI.
Hari ini, saya selaku Pengerusi Pentadbir MASJID UTHMANI hari ingin memaklumkan sesuatu.
Hari ini, kerja pemasangan pendawaian letrik diberanda atau dewan terbuka bermula.
Kelihatan pekerja mulai memasang pendawaian letrik di beranda MASJID Dewan UTHMANI atau di Dewan Terbuka Masjid Uthmani.