*************************************
23 SAFAR 1441 H
SELASA
22 OKTOBER 2019
*************************************
CINTA adalah suatu yang benar kewujudannya dalam kehidupan ini.
CINTA adalah penyambung dan dan penghubung antara dua pihak. Ia adalah pembuktian kewujudan.
Kita perlu faham kewujudan cinta dalam kehidupan kita.
Namun, kerana pengaruh keduniaan amat kuat menjadikan cinta tidak kepada yang wajib di cintai iaitu kebenaran.
Perlu di ketahui bahawa penganjur dan pembawa kebenaran itu ialah insan sempurna RasuluLLAH SAW. Baginda menerima kebenaran dari “al-Haqq”, Yang Maha Benar, ALLAH SWT.
Raikanlah cinta, anugerah ILAHI berstatus fitrah ini dengan benar matlamat dan caranya.
ALLAH SWT Yang Maha Mencipta cinta dan menganugerahi nikmat ini kepadan hamba NYA adalah untuk dan sebagai alat bagi mengenali dan mendekatkan diri kepada NYA atas sifat hamba yang menerima arahan dan melaksanakan perintah.
Semua itu telah di tafsir secara jelas dan nyata secara hidup oleh RasuluLLAH SAW yang amat memahami dan meyakini al-Quran sebagai sumber asas kecintaan.
Kita wajib beriman dan mencintai al-Quran.
Beriman, yakni percaya kepada kesempurnaan al-Quran sebagai wahyu ILAHI adalah suatu kewajipan.
Kemudian mesti mempelajari al-Quran ; untuk membaca dengan sebaiknya dan memahami makna secara tafsir sebagai panduan tertib dan cara untuk hidup “bercinta dengan ILAHI”.
Alangkah ruginya bila CINTA disalur dan diraikan secara tidak secara benar.
CINTAkan ALLAH SWT, RasuluLLAH SAW, agama suci al-ISLAM serta CINTAkan al-Quran dan Nabi Muhammad SAW adalah perintah ILAHI yang mencabar.
Kita selaku hamba NYA di bekalkan kuasa bertindak, “kuasa memilih” tidak seperti malaikat yang dianugerahkan hanya mengenal CINTA kepada ILAHI semata.
CINTA yang di perintahkan ILAHI ini suatu kebenaran namun kerana adanya “kuasa memilih” ini menjadikan ujian CINTA ini cukup mencabar untuk memilih keutamaan CINTA. CINTA atas dasar keIMANan atau CINTA atas dasar keDUNIAan atau keBENDAan.
Sesungguhnya,C hakiki adalah CINTA kepada ILAHI. CINTA kepada yang lain dari ALLAH SWT adalah CINTA buta yang berrisiko tinggi kerana ALLAH tidak menjadikan dan tidak menerima “dua keCINTAan” dalam satu hari hamba sehingga atau dengan berkongsi CINTA dengan NYA.
WalLLAHu a’lam.
Sekian.
———————————————