*************************************
26 MUHARRAM 1441 M
KHAMIS
26 SEPTEMBER 2019
*************************************
Siapa dia Jho Low ? Apa kelebihannya sehingga beliau “di lindungi” sebegitu ? Soalan saya itu merujuk kepada lapuran akhbar SINAR HARIAN hari ini.
Ketika saja mula membuka akhbar ini di Kedai Makan Abang Nor Kukan pagi tadi, seorang menyampuk, “dia ni jahat, dia yang mengajar Najib supaya jahat”. Saya terdiam, lalu muncul pertanyaan dalam diri, “siapa dia Jho Low sebenatnya ?’. Pandai mengajar orang supaya jahat dan dia pula hebat jika dikaitkan dengan lapuran berita SINAR HARIAN, “di lindungi oleh tokoh tertentu di sebuah negara’. Pihak Ketua Polis Negara tidak nyatakan beliau berada di negara mana berada !