Tiga kali laungan, “merdeka” “merdeka” “merdeka” yang di laungkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957, 62 tahun yang lalu di perhimpunan raksasa menyambut kemerdekaan bertempat di Stadium Merdeka yang turut di laung bersama jutaan rakyat seluruh negara kini “merdeka kita” di rasakan tuah dan bahagia oleh rakyat Malaysia sebagai sebuah negara Malaysia berdaulat merdeka.
Syukur kehadrat ILAHI diatas anugerah kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah British.
British telah keluar atas nama “penjajah British meninggalkan tanah jajahan”, tanah air kita tercinta ini.
Kenapa kita boleh merdeka ? Kenapa British memberi kemerdekaan ? Kenapa kemerdekaan yang di perolehi tanpa setitik tumpah darah. Walaupun tiga soalan, namunnya jawapannya saling kait mengait walau dilihat dari sudut mana pun. Boleh disimpulkan jawapan menjadi satu iaitu kerana BERSATU.
Penghuni Tanah Melayu ketika itu bersatu dengan satu kerja dan usaha iaitu mahukan kemerdekaan tanah air
Jawapan hakikatnya ialah, ia sebagai anugerah ILAHI.
Setelah merdeka, dari rasaan tuah, bahagia dan beruntung dapat merdeka, kita rakyat bersama pemimpin negara melaksanakan proses mengisi kemerdekaan tersebut.
Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi berparlimen dengan tunggak pemerintahannya ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung bersama Raja- raja Melayu melalui Majlis Raja-raja Melayu. Syukur, negara Malaysia adalah sebuah negara aman.
Kerana kemerdekaan negara diterima dari British dan demokrasi menjadi dasar pemerintahan maka pembinaan negara tentulah berasaskan acuan “suara ramai”. Di takhdir ALLAH, UMNO menjadi pemerintah sejak merdeka bersama gabungan awalnya PERIKATAN dan kemudiannya BARISAN NASIONAL.
Selain dari asas bahawa penghuni Tanah Melayu BERSATU menuntut kemerdekaan, British selalu penjajah juga melihat bahawa mereka yang bersatu menuntut kemerdekaan itu, mahu di bawa Tanah Melayu merdeka ini kearah mana. Adakah arah yang hendak di bawa sesuai dengan acuan British atau sebaliknya ?. Jawabnya, British mengenal pasti bahawa, orang yang bernama Tunku Abdul Rahman Putra, Abdul Razak Hussein, Tan Cheng Look, VT Sambathan ini adalah orang yang boleh menerima dan meneruskan dasar British, ringkasnya lalu kemerdekaan di beri walau melalui siri-siri rundingan dan perbincangan yang panjang.
Besar jasanya mereka yang memperjuangkan kemerdekaan ini. Alangkah besarnya pahala selepas merdeka mereka melaksanakan pengisian kemerdekaan sesuai dengan kehendak ALLAH SWT. Mereka itu adalah pemerintah yang mengisi kemerdekaan itu.