Apa erti ISLAM agama Persekutuan ?

**************************************

25 ZULHIJJAH 1440 H

ISNIN

26 OGOS 2019 M

**************************************

Agama ISLAM sebagai agama resmi  Persekutuan.  Agama resmi Malaysia.

Bagaimana  dengan isu isu ?  Adakah ia tak akan selesai ?. Atau akan selesai, cuma ia memerlukan masa yang lama lagi. Berbagai pandangan muncul !

Dari sudut ISLAM, tiada khilaf atau wujudnya  perbezaan pandangan bahawa “al-ISLAM itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari al-ISLAM”.,

Justerus, selayak  kerana ia agama resmi negara, kenapa wujudnya khilaf yang berpanjangan ini ?.

Adakah kewujudan status khilaf ini seperti kewujudan status khilaf antara mazhab empat, Maliki, Shafie, Hanafi dan Hambali ?.  Ataumacamana ?

Khilaf tentang “agama resmi Persekutuan ini” telah diketahui dan di jangkakan atau di rancang halus oleh British “yang menulis” Perlembagaan Tanah Melayu dan sememangnya itulah rancangan dan kehendak British, supaya anak atau bekas tanah  jajahannya tetap terus bermasalah !.

Negara di perintah oleh UMNO-BN sejak sekian lama sejak 1957. Sedari tahun itu, UMNO-BN tidak tegas dan gagal menetap  dan memaktubkan secara resmi “taarif ” resmi agama ISLAM Persekutuan”   sehingga tidak layak di bincangkan.  Lalu ia di politikkan oleh pihak yang berkepentingan terutama dari bukan ISLAM.

Mereka berjaya menghalang secara halus berstrategi supaya ta’arif atau definasi ISLAM dan ta’arif atau definasi Islam agama Persekutuan di tetapkan. Bila tiada ketetapan secara ISLAM, dengan sendirinya secara jelas ia terperangkap masuk dalam kerangka makna dan maksud sekularisma. Ini yang di perjuangkan dan di pertahankan oleh DAP khususnya.

Kerja UMNO selama  ini yang   tidak serius   menta’rif dan menetapkan makna ayat  dalam perlembagaan itu menguntungkan DAP.

Kini, ISLAM menjadi agama yang setaraf dengan agama lain. Tidak boleh di sebar secara ISLAM. Walau bunyinya ‘cantik’, “pihak agama lain pun tidak boleh  berdebar semacam itu” ( merujuk cara Dr. Zakir Naik).

Bagaimana nak sedarkan UMNO tentang “khilaf” ini. UMNO sudah kalah. Sedarkah UMNO dengan kewujudan masalah ini ?

WaLLAHU a’lam

Sekian, terima kasih.

 

Dari, saudara anda di jalan ALLAH.

Fikri Masjid Uthmani,

Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.

Hp ; 013-99 764 99.

______________________________

MASJID UTHMANI

Pengerusi ; FIKRI AWANG.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *