********************************************
21 ZULHIJJAH 1440 H
KHAMIS
22 OGOS 2019 M
********************************************
Dengan mengharapkan sepenuhnya kepada REDHA RABBINA saya mengatur jadual bersama AFRabbani untuk “mendengar bacaan hafazan al-Quran” beliau. Program permulaan di Masjid Muhammadi pada jam 10 pagi ini.
Memulakan dengan Surah Al-Baqarah, juzu’ yang pertama ‘Alif Lam Mim’. “Al-HamduliLLAH”, AFRabbani baca selama 25 minit untuk menyiapkan juzu’ pertama. Dan inilah kali pertama kami berdua berkeadaan begini selepas AFR menjadi seorang “al-Hafiz”. Masjid Muhammadi menjadi pilihan untuk “program dua beranak”.
-( Bangunan Khalifa Suite di lihat dari arah belakang iaitu dari arah Kedai Makan Sup Tok Ayah, sup terkenal di Kota Bharu. Di hadapan Khalifa Suite ialah Masjid Muhammadi )-
Khalifa Suite ialah tempat penginapan yang terdekat dengan Masjid Uthmani. Tahukah anda, saya ketemui beberapa orang saudara warga Kuala Lumpur dan Johor Bharu yang datang menginap di sini pada bulan Ramadhan kerana ingin menumpukan program ihya Ramadhan.
-( Khalifa Suite…pokok besar dan dan tandas awam berhampiran Masjid Muhammadi Kota Bharu )-
-( Pokok besar tempat berteduh original di sebelah Masjid Muhammadi )-
-( disekitar Masjid Muhammadi ; “wakaf” tempat berteduh berehatdan dihadapan Kedai Makan Sup Tok Ayah dan dan perhentian bas pelancung )-