*******************************
SELASA
20 OGOS 2019 M
*******************************
ISU Dr Zakir Naik adalah suatu isu besar kepada semua pihak. Samada sedar atau tidak, setiap pihak pasti terlibat tak terkecuali. Semua sedang memerhatikan isu ini dengan penuh tajam. Saya katakan “semua terlibat” dengan isu ini. Semuanya ada sudut pandang, pengamatan dan ketetapan tersendiri mengikut tahap kedudukan dan pihak masing-masing.
Pihak mana yang perlu di sebut dulu ? Paling besar, yang tiada terkecuali ialah “pihak” ALLAH SWT, “yang WAJIB tidak sama”, wajib bersalahan dengan semua pihak lain.
Hakikatnya, tersurat dan tersirat bahawa semua pihak wajib berpihak dan tunduk patuh selaras bersama dengan ALLAH SWT.
Manakala dari pihak hamba ALLAH pula, terdiri dari MUSLIMIN dan kafiriin.
ALLAH SWT selaku Tuan Punya, Yang Maha Memiliki alam ini sebagai Tuhan sekelian alam ada hak dan ketetapan serta hukum disisi NYA.
Untuk mengetahui apa dan bentuk hak ALLAH SWT ; ketetapan hukum, saranan dan perintah maka hendaklah hamba merujuk, mengkaji dan memahami dasar asas tunjang agama ISLAM dari al-Quran dan al-Hadith RasuluLLAH SAW.
WalLAHu a’lam
Sekian, terima kasih.
Dari, saudara anda di jalan ALLAH.
Fikri Masjid Uthmani,
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Hp ; 013-99 764 99.
______________________________
MASJID UTHMANI.
Pengerusi ; FIKRI BIN AWANG.
Sebuah masjid i’tikaf yang amat memerlukan bantuan DANA.