__________________________________
16 ZULHIJJAH 1440 H
SABTU
17 OGOS 2019 M
_____________________________________
“Abi serah kakak kepada ALLAH”. “Kakak belajarlah kerana ALLAH”. “Ada apa pun masalah kakak bagi tahu, adukan kepada ALLAH, minta pada ALLAH, berdoa selalu”. “Kakak mesti jadi orang yang kuat keyakinan”
Itulah pesan abi kepada kakak jam 4 petang Jumaat semalam, ketika hantar kakak. Abi faham dan fikir, tiada ucapan dan pesanan yang terebih baik dari itu.
Tujuannya, abi didik kakak supaya kakak bergantung kukuh kepada ALLAH SWT. Abi pun demikian juga.
Perjalanan hidup sebagai pelajar pastinya diuji ALLAH SWT. Ketika di uji, yang di kehendakinya “nampak ALLAH sedang menguji, ketika “nampak ALLAH”, hati boleh di perbetulkan dengan ALLAH SWT.
Jika ada kesilapan boleh undur dan minta ampun, jika terasa lemah boleh tingkatkan hubungan dengan ALLAH SWT mengikut syariat yang di ketahui dengan mengikut sunnah RasuluLLAH SAW”
Justeru, semua yang di hadapi ada keringanan dan kelapangannya. “Insya ALLAH”
Kakak akan berada di madrasah, abi dan mama tak di benar jumpa, kakak tak di benar jumpa abi dan mana dalam masa 40 hari mulai hari ini, hari Sabtu. Kakak bermujahadahlah kerana ALLAH demi sebuah keredhaan ALLAH dan kejayaan dalam hidup beragama, al-ISLAM.
Abi ternampak2, terbayang dan terdengar2 suara kakak sedang baca al-Quran….”SubhanaLLAH”
Dan abi serta mama akan jumpa nanti pada, Jumaat 30 Muharram 1440 “insya ALLAH”.
WalLLAHu a’lam.
Sekian, terima kasih.
Dari, saudara anda di jalan ALLAH.
Fikri Masjid Uthmani,
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp : 013-99 764 99.
__________________________________
MASJID UTHMANI
Pengerusi ; FIKRI BIN AWANG.
MASJID UTHMANI, “insya ALLAH” dalam perancangan untuk membina ;
(1) beranda dan 4 bilik di sebelah kiri dan kanan masjid. Kos yang di perlukan ialah RM 100 ribu.
(2) bilik atau ruang ambil wudhu’ khusus untuk muslimat di bahagian belakang masjid. Kos yang di perlukan ialah RM 100 ribu.
(3) tandas awam dengan 2 bilik tandas dan 2 bilik mandi serta 1 setor yang dijangka kos RM 50 ribu.
(4) 50 lori tanah untuk tapak pembinaan struktur di atas dengan kos RM 5 ribu.
Saya doakan agar munculnya dermawan untuk menolong saya bina apa yang di sebut. Bolehlah hubungi dan interview saya. Jika mahu keterangan lanjut, mohon hubungi saya atau ziarah kampung saya, “insya ALLAH”.
Apa yang baik pastinya dari ALLAH SWT.
Terima kasih.