EID ADHA 1440

*******************************

10 ZULHIJJAH 1440
A H A D
11 OGOS 2019 M

*******************************

PAGI ini lewat terjaga. Jam 5:40 pagi, 10 minit hampir subuh baru sedar. Cepat2 “membising” di subuh hari “kejutkan masyarakat” atas rumah, terutama anaknda Ahmad Fathi Rabbani, ( AFR ) 16 dan Ahmad Fathan Jundullah, ( AFJ ) untuk solat subuh di masjid. Tak buat keputusan lagi, akan solat di masjid mana pagi ini ; di….Masjid Jamek Kolam ? Masjid Uthmani ? Masjid Pondok Tok Ayah ? Masjid Perpaduan Ummah ?

Pagi ini, pagi hari raya Eid Adha, tentu ramai yang berkunjung masjid bersolat fajar…tentu seronok jumpa sahabat2 di kampung dan ikhwah yang balik bercuti !!!

Sebelum iqamah mesti turun dari rumah. Ke Masjid Jamek Kolam atau ke Masjid Perpaduan Ummah ?. Akhirnya ke Masjid Jamek.

Selepas solat subuh di Masjid Jamek Kolam bersalam dan sembang ringkas dengan Cikgu Li menantu abang Awang Long, perantau di Dungun, Gganu sejak puluhan tahun balik beraya dan tiga pupu iaitu Abang Aziz almarhum Pak Da Hamid Lepah. Perkenalkan mereka berdua kepada anak, AFR dan AFJ.

Terfikir, selepas solat subuh nak bawa AFR dan AFJ ziarah almarhum ayahanda dan almarhumah bonda.

-( baru nesan BONDA ku )-

BONDA Hajjah Che Jah di semadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kolam, pada 21/11/2007. BONDA meninggal ; kepalanya di atas ribaan ayahanda ku, juga di hadapan ku.

“AlhamduliLLAH”, selepas solat subuh ke kubur sebagaimana terfikir tadi. Sebelum masuk ruangan kubur terserempak 3 pupu, Cikgu Mahmud Mak Su Limah kawan sekelad sekolah rendah SKK dan kawan baik 1980 an Adli Pak Su Derahman.

Hari ini terasa sangat masa cepat berlalu. Selesai sembang dengan mereka berdua jam sudah 7:20 pagi. Cikgu Mud minta izin untuk ke Masjid Jamek Melor, katanya solat Eid Adha di masjid itu pada jam 8 pagi.

“Al-HamduliLLAH” pagi ini dapat ziarah mereka yang telah pergi ; Tok Ayah Seman, Tok Teh Awang, Ayah Haji Daud, Along, Pak Ngah Soh, Wak Hussin, Abang Pin, Salmi, Cik Rogayah, Azman dan tentu tak lupa Bonda Mek dan Ayahanda Tok Ayah Awang. “Al-HamduliLLAH”.

Balik bersiap untuk solat Eid Adha di Masjid Jamek Kolam. Ketika parking di perkarangan Masjid Jamek Kolam, dari jauh kelihatan Datuk Basir almarhum Pak Teh Haji Ghani menolak kerusi roda ibunda beliau, Mak Teh Haji.

Selepas solat “beraya” bersembang dengan Pak Chu Lah, mantan Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.

Balik kerumah terus bersiap untuk musafir ke Gganu. Ayahanda dan bonda mertua ada di Pengkalan Maras, Batu Rakit.

Sedang bersiap, kakak iaitu Kak Nik Esah, dalam keadaan berjalan  lemah, seorang kakak terlebih dulu cari adiknya. Tak dapat datang bersama anaknya yang merupakan anak saudara ku dan cucunya yang merupakan cucu ku.

Mereka itu ada “hati lain” selaku orang yang “rasa gagah”, “rasa cukup sempurna”, rasa muda yang tidak perlukan pengajaran kot !!.

Kak Nik bawa semangkuk besar mee goreng dan 10 biji ketupat kerana ingatkan anak2 ku, anak saudaranya yang 5 itu ; AFRabbani, AFMujahidah, AFJunduLLAH, AFSolehah dan yang bongsu AFMardhiyyah.

Khutbah Eid Adha hari ini di sampaikan oleh Imam dan Khatib Ustaz Hashim, selaku Imam Mukim Kolam.

InsyaALLAH, saya akan fokus dalam tajuk khusus KHUTBAH EID ADHA 1440.

Bertolak ke Gganu, sampai jam 2 petang. Sampai di rumah Gganu, dukacita, keadaan tidak mengizinkan untuk rehat sepenuhnya di rumah lalu ke PERMAI INN. Sediakan RM 130 Standard Room, satu malam. Smaghrib di Masjid Ladang yang cantik hiasan dan kedudukan dalaman.

WalLAHu a’lam

Sekian, terima kasih.

Dari, saudara anda di jalan ALLAH.

Fikri Masjid Uthmani, Kampung Kolam, 16400, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.
__________________________________

MASJID UTHMANI.
Pengerusi : FIKRI BIN AWANG.

Memerlukan bantuan anda, untuk ;
(1) pembinaan beranda memerlukan dana RM 100 ribu.
(2) pembinaan ruang ambil wudhu untuk muslimat dari atas masjid memerlukan dana RM 100 ribu.
(3) tandas awam memerlukan dana RM 50 ribu.
(4) tanah untuk tinggikan tapak 50 lori memerlukan dana RM 5 ribu.

“Semuga ALLAH SWT permudahkan urusan ini” “Aamiin”

Silalah INFAQ… berilah kepercayaan.

ALLAH telah menjadikan dan menetapkan warna dan bentuk. Itulah keKUASAan ALLAH. Manusia di anugerahi NYA ilham. Lalu, manusia memberinya nama. Di tempat lain mungkin lain pula namanya. Yang muafakatnya warna dan bentuk, kerana itu hak ALLAH SWT. Hidup sesuai dengan tapak, tempat dan tanah yang mencukupi syarat buat subur !. Tiada perBANDINGan antara al-KHALIQ dan makhluk yanh di CIPTA al-KHALIQ dengan serba kelemahan. Tugas hamba hanya mengABDIkan diri.

“Wahai TUHAN kami, tidak sia-sia ENGKAU Menjadikan ini semua, maka lindungilah kami dari azab api neraka”
“Aamiin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *