KELANTAN di ambang ARAFAH 1440 H

______________________________________

8 ZULHIJJAH 1440 H
J U M A A T
9 OGOS 2019 M
______________________________________


-[ Rombongan Dr Zakir Naik kembali ke tempat penginapan di Hotel Perdana dari Stadium Sultan Muhammad iv jam 1:30 pagi ]-

Kelantan Darul Naim, hari ini rakyatnya berhimpun. Kedatangan Yang Berbahagia Dr. Zakir Naik di sambut rakyat di sambutan “diambang Arafah”.

Beliau memenuhi atau diisi dengan berbagai program.

Kehadiran julung kalinya ke Kelantan sangat tepat pada masanya. Beliau, seorang yang baik pekerti, ilmu dan kefahaman. Namun, kerana dirinya berada di sebuah negara India maka beliau amat tidak disenangi.

Tidak sepertimana muslim yang lain di bumi India, beliau sentiasa menyampaikan al-ISLAM, agama anutannya. Tidak juga seperti muslim dan gerakan muslimin yang lain, beliau mempunyai cara yang tersendiri dalam penyampaian dan penerangannya. Beliau terkenal dengan cara “perbandingan” antara agama.

Kesan dakwahnya, di dapati bila beliau berucap dan berdailog dengan pihak non muslim, di dapati kesannya amat ketara kerana terdapat sasarannya yang mengucap syahadah yakni memeluk ISLAM.

Keadaan ini di pandang serius oleh pihak yang “ekstreem” dengan pegangan mereka. Pemerintah India dan sebahagian pemerintah Malaysia amat tidak senang keadaan ini.


-[ Bersama YB Ustaz Abdul Rahman Yunus, ADUN Pasir Tumbuh, pertemuan sempena “di ambang Arafah” bersama Dr. Zakir Naik ]-


-[ Bersama YB Ustaz Mohd. Radhi Jaafar ; ADUN Gaal, Pasir Puteh, pertemuan di perkarangan acara Dr. Zakir Naik ]-

Jelasnya, mereka gusar dan kegusaran ini membayangkan rasaan mereka yang merasa terancam dengan Dr Zakir Naik.

Pentadbir Kerajaan Negeri Kelantan menyedari keadaan “susahnya” rasaan diri Dr. Zakir Naik dan kesannya kepada ISLAM itu sendiri.

Dr. Zakir Naik mesti di bela dan umat ini perlu di beri faham. Kena Dr. Zakir mesti di bela ?. Kerana menjaga agama, al-ISLAM.

Dalam kontek Malaysia, ia berkait rapat dengan senerio politik Malaysia. Keadaan Dr. Zakir Naik di perhati dengan tajam oleh mana2 pihak yang terlibat dengan secara langsung dalam sudut pandang pertembungan antara ISLAM dan bukan ISLAM di persada bumi ini.

Rumusnya, sokongan kepada Dr Zakir mesti di zahirkan dengan sokongan terbuka dan terkuat. Kelantan mengambil tanggungjawab dan bahagian ini. Seorang tokoh DAP, perlu rasa terajar dan tersedar dengan sokongan terbuka ini. Amat angkuh dan sombong kata2 dan saranan beliau kepada Dr. Zakir Naik supaya balik ke India. Apa salah Dr. Zakir Naik ? Kamu pula siapa di bumi Malaysia ini ? Aku senang hati mengatakan seperti kata mu kepada Dr. Zakir, “baliklah kamu ke Peking” ada khabarnya kamu di lahirkan di sana !. Macamana ?

Program di Kelantan tidak di buat bicara atas resepi dan jelmaan rasaan politik kebangsaan dan tempatan Kelantan tetapi program di buat atas standard ilmu dan ilmiah.

Syabas dan tahniah Kerajaan Negeri Kelantan DN.

WalLLAHu a’lam

Dari, saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani,
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Hp ; 013-99 764 99
______________________________________

MASJID UTHMANI Kampung Kolam.
Pengerusi ; Fikri Bin Awang

MASJID UTHMANI memerlukan bantuan dan sumbangan anda untuk ;
(1) menambah ruangan beranda tepi masjid
(2) tempat ambil wudhu muslimat di ruangan atas masjid
(3) tandas awam

Semuga dengan sokongan anda muslimin muslimat dapat menambah dan meningkatkan lagi kebajikan bersama “aamiin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *