Antara HAK aku dan HAK mu


______________________________________

3 ZULHIJJAH 1440 H
A H A D
04 APRIL 2019 M
______________________________________

Kali ini, yang ini dan dalam perkara ini saya setuju saudara ku Tun Dr. Mahathir dan saya ucapkan “tahniah” dan “syabas” kepada Tun.

Selain saya, ramai lagi yang beri pandangan sokongan kepada Tun dari golongan cerdik pandai dan berpengaruh.

Bagi saya, Tun amat tenat sekarang !

Bukan penat kerana menanggung memikul banyaknya bilangan tahun umurnya.
Bukan juga penat membawa hartanya yang banyak !. Tidak !

Tun penat kerana sentiasa mendapat tekanan tuntutan HAK dari kumpulan HARAPAN, terutama dari DAP !

Namun, di ketika tertentu Tun bijak menangani kerenah DAP. Bukan selalu Tun “menang” dengan DAP. Banyak yang Tun dah kalah. Kalah bukan kerana Tun lemah tenaga mengawal diri lanjut usia ketuaannya, tapi kalah kerana Tun dikelilingi DAP dalam pentadbiran negara dan Pakatan HARAPAN.

Tun kalah dengan hujjah DAP dan jumlah ramainya “penguasaan kerusi” DAP. mereka. Bukan hujjah dan ramai saja, tapi DAP bersatu kukuh memperjuangkan HAK mereka dan mengolah sesuatu untuk dikatakan HAK mereka.

Kali ini, serampang Tun berjaya. Menunjukkan Tun amat arif tentang sasarannya.
Pertama ; Tun mahu perkasakan tulisan Jawi, tapi DAP tak setuju, tapi Tun berkeras bertegas menunjukkan Tun mahu menjelas dengan keputusannya siapa DAP itu yang sebenarnya dan membuktikan DAP itu jahat dan rasis serta chauvanis. Tun cekap dan …
Keduanya ; Tun berjaya mengatur jalan untuk :
(i) memancing dan
(ii) mengubah pendirian serta
(iii) memperkukuhkan orang Melayu yang menjadi tuan punya “tulisan jawi” dengan
(iv) menyokong Tun.

Bijak Tun !!

WalLAHu a’lam
Sekian, terima kasih.

Dari, saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Hp ; 013-9976499
______________________________________

MASJID UTHMANI memerlukan dana bantuan. Infaq lah !….

Semuga anda jadi pembantu kepada pembangunan keagamaan ini….”insyaALLAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *