DIA “al-HADI” mengHIDAYAH

______________________________________

2 ZULHIJJAH 1440 H
– S A B T U –
3 OGOS 2019 M
______________________________________

Firman ALLAH SWT :

Maksud Firman ALLAH SWT ;
Surah As-Saffat, juzu 23 ayat 99-102.
>Ibrahim pula berkata, “Aku hendak ( meninggalkan kamu ) pergi kepada Tuhan ku ( berhijrah dari negeri kafir ), DIA akan MEMIMPIN ku ( kejalan yang benar )” -(99)-
>”Wahai Tuhan ku, Kurniakanlah kepada ku anak yang tergolong daripada orang salih” -(100)-
>”Lalu Kami sampaikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang ‘haliim’ penyabar’ -(101)-
>”Maka ketika anaknya itu sampai ( keperingkat umur yang membolehkan dia ) berusaha bersama-sama dengannya, Ibrahim berkata, “Wahai anak kesayangan ku!, “sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu, maka fikirlah apa pendapat mu ?” Anaknya menjawab, “”Wahai ayah, jalankanlah apa yang di perintahkan kepada mu, insya ALLAH, ayah akan mendapati aku daripada orang-orang yang sabar”-(102)-
#”Maha benar firman ALLAH Yang Maha Agung”#

Muqaddimah.
Latar ;
ALLAH SWT Yang Maha Menguji. Telah menguji hamba NYA Ibrahim KhaliluLLAH.
-bapanya yang “alim” syirik
-menentang raja Namrud dan bapanya
-berdepan tindakan ganas Namrud membakar hidup
-bergantung kukuh kepada ALLAH
-di selamat dari keganasan api dengan perintah dan pertolongan ALLAH
-di perintah’hijrah’ meninggalkan kampung halaman ke Mekah.

>(Ayat 99)
Ketika hendak meninggalkan negerinya hendak ke Mekah, Ibrahim AS…
(i) Dengan tertib keperibadian, akhlaq yang baik menyatakan secara tegas dan terang kepada sasaran dakwahnya tentang penghijrahan beliau. Mengadakan hubungan yang baik dengan sasaran dakwah.
(ii) Bahawa penghijrahannya adalah bukan kerana nafsu tapi atas perintah ALLAH SWT. Kesanggupan, bukan kerana atas logik fikiran tapi atas asas keimanan.
(iii) Nabi Ibrahim yakin bahawa ALLAH pasti membimbing dan menetapkan dirinya di atas jalan HIDAYAH yang selamat sejahtera.

WalLAHu a’lam

Terima kasih
Dari, saudara anda dijalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Hp : 013-99 764 99
______________________________________

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *