__________________________________
28 ZULQAEDAH 1440 H
RABU
31 JULAI 2019 M
__________________________________
Pasal apa ?
Bila lagi ?
Macamana keadaan sekarang ?
Boleh lawan ke ?
Suspen kan ?. Itu antara soalan popular dalam hidup kita ! Betulkah ? Soalan tentang kita ketika keadaan macamana terucapnya soalan itu.
Itu rupa soalan yang baik untuk kita kepada sesiapa dan sesiapa pun kepada kita. Ketika mana ?
Anda boleh agak sendiri dimana kita sering beramal dengan soalan itu. Saya cuba menghayati sesuatu.
Tidakkah itu ucapan kita atau sebaliknya ; orang lain kepada kita ketika kita sedang di rawat dalam wad atau selepas kita keluar dari rawatan atau paling tidak selepas keluar dari bilik kaunseling seorang pegawai kesihatan.
Jelas dan ringkasnya tentang keadaan kesihatan kita ! . Betul ?
Pasal apa ?. Jawabnya, “Kerana makanan yang di makan” “kerana apa yang di makan ! ”
Bila lagi ? Jawabnya, “Dah Masuk ……. atau dah keluar wad seminggu”
Macamana keadaan sekarang ? “Sihatlah bila jaga gaya hidup dan pemakanan sihat” “makan dengan kawalan’
Boleh lawan ke ? “Boleh jika IMAN kekal atau bertambah meningkat”
Jadi, jaga apa yang di makan. Ketika masuk wad, kemungkinan kerana dikatakan tidak ada selera makan lalu makanan yang di beri pihak hospital sedikit, terhad dan tak banyak pilihan kan ?.
-[ ramai peminat nasi kerabu ayam bakar ]- ” …. berhati-hatilah makan ketika muda untuk kekal kemudaan ….. ”
Faktor “makan sedikit” ; nasi ( secawan ), sayur air, ayam gulai seketul, buah tembikar sehiris sekeping cukup menguasai diri. Di samping makan ubat, lalu di takhdir ALLAH SWT, jadi sihat.
Sihat kerana di kawal dan di jaga gaya pemakanan. Sekiranya boleh lawan NAFSU “makan tak berkira” “makan banyak mengikut selera mulut” … tidak mengikut acuan “formula” RasuluLLAH SAW “makan sikit, makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang”, berasaskan keIMANan ramai hamba ALLAH SIHAT.
Sekiranya nak sihat lawanlah, buatlah suatu agenda perlawanan dengan “nafsu makan”.
#3:00 pagi#
-[ berMUHASABAH … lihat diri sendiri, lihatlah “gula dalam darah”, sama dengan lihat diri lihatlah “IMAN dalam lidah” kita .. yang boleh melaba menguntungkan AKHIRAT kita sendiri …..”insya ALLAH ]-
Tidakkah RasuluLLAH SAW pernah bersabda, “Kamu puasa kamu sihat” ? Justeru, benar RasuluLLAH SAW !!!
Kesimpulannya, jaga IMAN. Makan berasaskan keIMANan, bukan berasaskan “keSUKAan nafsu”.
Ringkas saja, JANGAN ubah pesanan semua pegawai kesihatan “ubah gaya hidup, jaga makan”.
Ya !! IMAN dan keIMANan juga penyelesaian masalah kita.
Kita kan muslim !…mukmin !.
Semuga kita bergantung dengan ALLAH SWT dan ALLAH SWT jua Yang Maha Menolong dan Membantu kita !! “Aamin”
#Kepada ALLAH SWT berserah#
WalLAHu a’lam.
Sekian, terima kasih.
Dari, saudara anda di jalan ALLAH.
Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp ; 013-99 764 99
__________________________________
Nombor akaun MASJID UTHMANI Kampung Kolam.
Boleh !, itulah nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI. Bolehlah jika ingin menderma, berinfaq di jalan ALLAH.
Silakan “Dengan nama ALLAH…..”
Terima kasih.