BERANI berSEBAB berHARAPAN


__________________________________
24 ZULQAEDAH 1440 H

SABTU

27 JULAI 2019 M
______________________________________

BERANI kamu ?
SEBAB apa ?
Apa HARAPAN kamu ?
Apa kesudahannya ?

Wendy Loong, walau seorang perempuan di kira di kenali seorang yang BERANI. Keberanian beliau menghina seorang “ketua”, insan sempurna yang paling berani ( Muslimin baca RasuluLLAH SAW ), yang juga ketua kepada umat manusia yang paling berani, junjungan agung aqidah MUSLIMIN ; RasuluLLAH SAW, Rasul akhir zaman yang paling di kasihi di sayangi umat.

Wendy Loong berani SEBAB beliau tahu bahawa ada dikalangan pengikut RasuluLLAH SAW yang penakut.
Mereka yang penakut ini akan mempertahankan Wendy Loong.

Wendy Loong juga punya sifat demikian kerana beliau dan pasukannya tahu bahawa pasti ada di kalangan pengikut Nabi Muhammad SAW itu berani berdepan suasana dengan orang ISLAM sendiri dengan hujjah mempertahankan Wendy Loong.

Berani pula mereka yang mengaku sebagai pengikut RasuluLLAH SAW membela Wendy Loong !. Bukan kerana faham persoalan BERANI dan TAKUT tapi hakikatnya mereka mesti mempertahankan Wendy Loong kerana masa depan diri dan perjuangan mereka, PAN !.

Ini sebahagian dari pendekatan mereka. Seorang pemimpin PAN menutralkan suasana ini ; bersifat pragmatis dengan mengatakan bahawa isu Wendy Loong ini adalah isu terpencil yang tidak perlu di bising di war-warkan.

Wendy Loong tentu selalu berbincang “berusrah” dengan sahabat seperjuangan mereka. HARAPAN mereka, dengan mewakilkan kepada Wendy Loong, mereka akan dapat melihat siapa yang sensitif dan peka dengan penghinaan kepada dasar agama suci kita ini !

Siapa yang liberal dan bersifat pragmatis menangani seorang Wendy Loong ini ?. Mahathir ? Anwar Ibrahim ? Annuar Musa ? Mohammad Sabu ? Mujahid Yusuf Rawa ? Salahuddin Ayub ? Nik Abduh ? Nik Omar ?
Bukan payah dan sukar nak tahu jawapannya !!

Mereka berHARAPAN, bahawa jika umat ISLAM bersikap dingin berhadapan isu ini, bagi mereka “suatu kejayaan”. Perjuangan mereka berjaya.

Mereka tambah semangat dan meningkat “iman” kepada doktrin perjuangan mereka !! “Betul”.

Bagi mereka, perjuangan memartabatkan Malaysia kepada teras dan dasar sekulari perlu di teruskan dengan berani tanpa kompromi walau melanggar apa saja !!

Jika tidak ada sebarang tindakan dan hukuman, bagi mereka, itu suatu sokongan kuat kepada perjuangan “Malaysia adalah sebuah negara sekular’.
Mereka mahukan ketetetapan dan ketegasan ini.

Tiada beza tiada istimewa, RasuluLLAH SAW, ikutan kita dengan tiada beza dengan individu yang lain. Perjuangan mereka, menyamakan taraf tanpa perbezaaan.

Juga peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, ISLAM AGAMA RESMI NEGARA adalah hanya tulisan yang hanya termaktub dengan tafsiran tiada apa keistimewaannya.
Itu HARAPAN mereka.

Justeru, mereka kehendaki, MUSLIMIN dan pemimpin MUSLIM sejuk beku kaku dan sekiranya ada suara membantah mengecam seorang individu Wendy Loong. Maka, mereka menanam persepsi atau mencipta undang-undang serta mengolah tafsiran undang-undang yang ada bahawa, orang dan kumpulan itu yang tidak benar ; ekstreem dan radikal, taksub dan ganas melampau.

Justeru, lebih baik diam atau bersikap sejuk mendatar di samping menjaga keseronokan selera ber”pizza” dalam bilik berhawa dingin mereka !!!

Saya pun nak tahu. HARAPAN saya selaku seorang MUSLIM yang kerdil, semuga terbukti dan muncul kebenaran yang di perjuangkan di sebalik isu ini !!

Tindakan tegas dan berat mesti di fikir oleh MUSLIMIN yang berkuasa dengan sokongan seluruh mereka yang cintakan RasuluLLAH SAW iaitu MUSLIM sejati.

Sesungguhnya, kedudukan RasuluLLAH SAW disisi ISLAM dan MUSLIMIN adalah jelas.

Ia termasuk dalam DASAR UTAMA ISLAM dan AQIDAH ISLAMIAH yang tidak boleh di kaji nilai semula oleh mana-mana pihak atau sekuasa mana pun kuasa dan secerdik mana kecerdikan manusia sepanjang zaman. Haqqan.

Itu suatu pertembungan HARAPAN mereka dan HARAPAN saya.

WalLAHu a’lam

Sekian, terima kasih.

Dari, saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN

Hp ; 013-99 764 99
__________________________________MASJID UTHMANI Kampung Kolam.

Pengerusi ; FIKRI BIN AWANG

“Al-HamduliLLAH”, dapat saya sertakan di sini, nombor AKAUN atas nama MASJID UTHMANI.

MASJID UTHMANI ialah sebuah masjid yang baru siap, boleh di gunakan untuk SOLAT.

Cuma, dalam perancangan, yang akan di bina ;
(1) beranda tepi masjid
(2) bangunan ( bilik ruangan ) ambil wudhu dalam masjid. (3) tandas awam.

Semuga dengan sampainya maklumat ini dapat membantu tuan / puan untuk memudahkan kerja kebajikan tuan / puan. “insya ALLAH”

“Insya ALLAH”, hubungilah dengan nombor hp saya yang tertera.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *