______________________________________
SELASA
20 Zulkaedah 1440 H
23 Julai 2019 M
______________________________________
“Dengan nama ALLAH SWT”, ayahanda bonda memutuskan untuk anaknda belajar dan menghafaz al-Quran di sini.
Sukanya hati abi dan mama bila anaknda sebut, “kakak nak hafaz al-Quran”.
Ayahanda dan bonda yakin bahawa anaknda boleh menghafaz al-Quran, menjadi seorang “hafizah”. “Aamiin”
Semuga anaknda berjaya. “Aamiin”
Terpaksa pindah dari Wakaf Baru, Kelantan ke Terengganu.
Belajar, secara umumnya untuk HAFAZAN al-Quran, sama saja di mana pun. Yang penting hanya “SATU” iaitu ;
(1) S : iaitu SABAR, SETIA, STRAIGHT.
SABAR, SETIA dan STRAIGHT menjalani hidup sebagai HAMBA dan PELAJAR dengan SETIA kepada tujuan dan matlamat serta pendekatan kepada pencapaian yang di atur rumus oleh guru.
STRAIGHT, fokus dan tawajjuh tanpa main- main dengan tujuan dan matlamat.
(2) A : iaitu ALLAH sebagai matlamat tertinggi dan terutama sekali.
ALLAH SWT adalah sumber yang paling utama dalam kehidupan mukmin.
(3) T : iaitu TABAH dan TENANG, TAWAKKAL serta tetap TEGAS
TABAH, TAWAKKAL, TENANG dan TEGAS adalah puncak kerohanian dalam perjalanan sebagai seorang pelajar yang di akhiri dengan kepasrahan TAWAKKAL kepada ALLAH SWT.
(4) U : iaitu UBUDIAH dan USAHA.
UBUDIAH iaitu yakin bahawa proses perjalanan dalam pembelajaran adalah suatu kerja UBUDIAH dengan makna pengABDIan dan perHAMBAan kepada ILAHI.
Justeru, UBUDIAH mesti di lakukan dengan suatu USAHA yang bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan seruan yang mengganggu.
-[ selepas menghantar anaknda ke pintu asrama, ibu melangkah keluar dengan tenang beserta berharapan bertawakkal kepada ALLAH SWT -]
Sekian, terima kasih
Dari, saudara anda di jalan ALLAH
Fikri Masjid Uthmani,
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan
Hp : 013-99 764 99.
MASJID UTHMANI Kampung Kolam
Nombor akaun MASJID UTHMANI untuk anda tuan, puan menyalurkan sebarang bentuk bantuan fi sabiliLLAH
Terima kasih.