“Al-HamduliLLAH”, sedikit perkembangan hari ini tentang MASJID UTHMANI Kampung Kolam.
-[ selepas tanah di ratakan ]-
– [ sebelum tanah di ratakan – gambaran di lihat dari arah rumah saya … berumput tebal di depan rumah yang dalam pembinaan ]
Masjid Uthmani yang terletak bersebelahan sebuah sekolah, iaitu SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( ARAB ) DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH ( SMADUAM ).
SMADUAM adalah sebuah sekolah agama di bawah HAK MILIK Yayasan Islam Kelantan ( YIK ) yang tergolong dalam Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK )
Latar belakangnya ; asalnya sekolah ini mendapat bantuan perkapita dari Kerajaan Pusat. Namun, di sekat bantuan ini oleh Tun Dr. Mahathir, PM 4 pada masa itu. Lalu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan berunding dan muncul persefahaman “bekerjasama” dengan Kementerian Pendidikan di bawah menterinya Dato’ Hishamuddin Tun Hussein. Lahirlah SABK “Sekolah Agama Bantuan Kerajaan”.
Diantara persefahaman ialah ;
[1] Sukatan Pelajaran sekolah jenis ini di bawah kuasa dan ketetapan YIK
[2] Kementerian Pendidikan menghantar bantuan guru-guru dalam bidang tertentu, khususnya bidang akedemik.
(3) Kementerian Pendidikan, yakni Kerajaan Pusat membayar gaji guru yanh di hantar ke sekolah ini dan guru yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
(4) Kerajaan Negeri Kelantan, di bawah YIK berkuasa penuh terhadap pentadbir sekolah iaitu Mudir Sekolah atau Pengetua dalam istilah Kementerian Pendidikan
(5) Sekolah, berhak mendapat bantuan tertentu dari Kerajaan Pusat.
Pelajar dari SMADUAM adalah hamba ALLAH SWT yang mengimarahkan MASJID UTHMANI. Pelajar sekolah di bawah YIK, di kehendaki solat zohor berjamaah di sekolah ( dengan maksud, di tempat yang berkaitan sekolah ) sebelum pulang ke rumah pada setiap hari.
-[ sebahagian dari SEKOLAH MENENGAH AGAMA ( ARAB ] DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH ]-
Dalam kontek ini, MASJID UTHMANI di manfaatkan oleh pelajar sekolah ini dan pada waktu lain, pelajar sekolah ini yang tinggal di asrama solat berjamaah di masjid ini. Sedikit masa lagi, dengan izin ALLAH SWT nanti, masjid ini jadi tempat istimewa penghafazan al- Quran di bawah pentabdiran yang sama dengan masjid atas nama MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI yang sedang dalam perancangan pembinaan asrama pelajar. “Insys ALLAH”
Semuga ALLAH SWT membantu kita semua. “Aamiin”
Sekian, terima kasih
Dari, saudara anda di jalan ALLAH
Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Hp ; 013-99 764 99.
MASJID UTHMANI yang masih memerlukan bantuan.
Terima kasih.