Masuk SYU’BAH WAHYU

“Al-HamduliLLAH”, syukur kehadrat ILAHI. Setelah mengikuti kelas pengajian tahfiz selama 2 tahun 8 bulan, anaknda saya AHMAD FATHI RABBANI menamatkan pengajian dan mendapat syahadah “al-Hafiz” di MADRASAH TAHFIZ KUBANG BUJUK.

Sama seperti anda di mana saja, anda adalah termasuk sebahagian dari saya atas nama saudara seaqidah. Juga setiap kita telah menerima berbagai nikmat anugerah ILAHI yang semuanya tidak boleh di pandang kecil dan remeh.

Cuma, paparan tulisan saya ini adalah untuk menyatakan, “maka dengan  nikmat dari Tuhan MU maka hendaklah engkau sebut” [ maksud antara ayat Surah ad-Dhuha ], apatah lagi nikmat di anugerahi al-Quran sebagai seorang al-hafiz.

Jika nak di kategorikan sebagai satu seruan, saya menyeru supaya saudaraku, sahabatku perkasakan al-Quran pada anak kita.

Aturlah jadual yang berkaitan pengajian yang seterusnya binalah anak cucu supaya menghafaz al-Quran.

– Ustaz Shaheed, kiri bersama saya dan anak saya AHMAD FATHAN JUNDULLAH 10, yang “insya ALLAH” akan di masukkan ke MQKB pada 2022 nanti –

Saya telah mengucapkan, “semuga ALLAH membalas kebaikan Ustaz Shaheed guru yang mendidik anak saya dengan sebaik-baik pembalasan di dunia dan akhirat kerana telah mendidik anak saya menjadi seorang al-Hafiz, semuga usaha Ustaz Shaheed di berkati dunia akhirat” “Aamiin”

Sabtu lalu, 22 June mendaftar pula di SYU’BAH WAHYU di madrasah yang sama.

-[ Pejabat MADRASAH QURAN                   KUBANG BUJUK ]-

Pengajian dalam SYU’BAH WAHYU ini mengambil masa 8 tahun. Tahun akhir ialah DAURAH HADITH. Sistem ini mengambil contoh SISTEM DEOBANDY yang berasal dari India.

-[ MASJID Madrasah Quran                     Kubang Bujuk ]-

-Pelajar madrasah mengambil giliran naik bas untuk ke Masjid Beladau Selat untuk solat Jumaat-

WalLLAHu a’lam

Dari, saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani,

Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.

Hp ; 013-9976499

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *