Nuzul-ul-QURAN 1440 / 2019

Nuzul-ul-Quran 1440 ; 17 Ramadhan 1440 jatuh pada hari Rabu semalam yang bersamaan 22 Mei 2019.

Semalam, tidak buat catatan di sini, walau semalam [ Nuzul-ul-Quran ] adalah hari besar. Kerajaan Malaysia menetapkankan cuti seluruh negara. Meneruskan, menjadikan tradisi Nuzul-ul-Quran hari cuti.

“Al-HamduliLLAH” hari ini buat sikit catatan. Kerana tiada yang baru lagi menyegarkan, rasa baik juga mengenang kenangan lalu. Ada cerita, ada pengajaran, emosi dan tentunya ada harapan kepada Yang Maha Kuasa.

Entah Ramadhan tahun berapa kisah itu pada kiraan Hijriah ? Kena kira, lihat di tajuk dan tarikh yang di catat di satu blog mengenai Nuzul-ul-Quran dan apa kaitan pada Disember 2009.

Kenangan yang menusuk jiwa, ada kaitan dengan gambar ini. Gembira, sedih, dukacita dan marah bercampur baur. ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui.

[ Gambar ; Masjid Taqwa Mak Mayong … setelah siap menara baru pada Disember 2009 ]

[ semasa dalam pembinaan menara ]

[ Ahmad Fathi Rabbani Fikri ketika ini darjah 1 bersama Almarhum Pak Nik Haji Ilyas dan Wak Haji Kob … orang yang menggerakkan kemajuan Masjid Taqwa ]

[ Bersama Ahmad Fathi Rabbani dan Tuan Haji Yaakub, Penasihat Masjid Taqwa … ketika “buah guntung” menara yang masih dalam pembinaan ]

Ini adalah kesan daripada apa yang di fikirkan dan pemikiran perjuangan ISLAM bersama. Persoalan yang patut di jadikan muhasabah dan harapan pada ILAHI, setiap tahun sambut Nuzul-ul-Quran, tapi apa yang di buat untuk akhirat ?. Suatu keputusan untuk membina sesuatu “produk ISLAM” ?. Sebagai peningkatan dalam kerja ISLAM untuk generasi mendatang, apa dia ?

Sekian.

Dari ;
Saudara anda di jalan ALLAH.

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp ; 013-99 764 99


[ Yang terpapar ini adalah nombor akaun atas nama MASJID UTHMANI yang sentiasa memerlukan bantuan dan sumbangan. Paling tidak untuk bayaran letrik kepada TNB setiap bulan ]

Saya selaku PENGERUSI TBN memaklumkan kepada anda yang di muliakan ALLAH SWT.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *