NIKMAT terkini

SYUKUR sekali lagi ke hadrat ILAHI. Sesungguhnya syukur kehadrat ILAHI adalah suatu nikmat berhamba yang tidak ada kesudahan. Ia adalah perintah ILAHI dan sahutan hamba terhadap perintah yang telah tersedia sejak dahulu.

Sejak hari Isnin, Selasa dan Rabu lalu, iaitu pada 28, 29 dan 30 April 2019 bersamaan 23, 25 dan 25 Syaaban 1440, anak ku AHMAD FATHI RABBANI berhempas pulas, bertawajjuh mengulangi pembacaan al-Quran kerana menjalani peperiksaan hafazan sebanyak 10 juzu’ setiap hari.


Selepas selesai solat dzuhur di Masjid Muttaqeen, Kepong dalam perjalanan dari MQKB ke bandar KT.

Inilah yang di maksudkan nikmat itu dan berasaskan ayat terakhir, ayat 11 Surah ad-Dhuha yang bermaksud, “Adapun nikmat Tuhan mu, maka hendaklah engkau sebut-sebut sebagai bersyukur kepada NYA”.

Tentunya bila di masukkan ke laman web ini, ianya di “sebut-sebut” sebagai pembacaan umum. Diharapnya akan di anugerahi ILAHI “ketahanan” dalam dengan di jauhi sifat yang tidak baik.

Biarlah sebutan di laman web ini menjadi nikmat yang mencontohi. Yang memberi faedah kepada semua pihak.


FATHI, berkaca mata baru. Sebelah kiri bermasalah [ 175 ] dan kanan [ 75 ] menyebabkan terjadi rabun jauh.


FATHI, keluar dari kedai kaca mata di bandar Kuala Terengganu. “Al-HamduliLLAH”, ada juga dan cepat siap di akhir petang Khamis dengan harga RM 188.

Hari ini, jam 10 pagi tadi hantar kembali FATHI ke Madrasah Quran Kubang Bujuk [ MQKB ] setelah keluar “outing” untuk buat kaca mata dan bermalam di rumah atoknya di Pengkalan Maras, Wakaf Tengah.

“Al-HamduliLLAH”, Ramadhan 1440 tahun ini, FATHI akan khidmat sebagai IMAM TERAWIH, solat terawih di Kuala Terengganu ini. Pihak Madrasah “MQKB” yang mengurusnya.

Setelah masuk MQKB pada awal 2016, mengikuti Syu’bah Tahfiz, “insya ALLAH” di awal Syawal, yakni 10 Syawal akan mula memasuki Syu’bah Ilmu Wahyu yang memakan masa 8 tahun seperti sistem Deobandi di negara India dan Pakistan.

Semuga dengan nikmat ini semua membolehkan, menjadi antara asbab mendekatkan diri kepada ILAHI dan menambah kekuatan kepada kebangkitan ISLAM, juga membantu ummat dalam usaha penyebaran ISLAM di atas bumi anugerah ILAHI ini.

“Maka nikmat yang mana lagi dari TUHAN mu yang engkau mahu bohongi wahai hamba”

Sekian. WalLLAHu a’lam.
Terima kasih.

Dari saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani.
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp : 013-99 764 99.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *