Kuasa ILAHI

Apakah ini semua akan jadi suatu “muafakat” antara kehendak dan hasrat hamba yang hina ini dengan ALLAH SWT Yang Maha Kuasa untuk menyenangkan kerja dan urusan ku untuk membina MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI [ MATIN Kampung Kolam ] itu dan menyiapkan rumah ku yang tergendala pembinaan itu ?. Ini detikan hati yang pertama mengunjungi diri hamba ini.

Dalam keadaan sedang merancang untuk jual tanah hak milik peribadi ku, tiba-tiba ada hamba ALLAH SWT mencerohoh harta ku di atas tanah tepi Ladang Merdeka itu ?

Ladang Merdeka adalah nama yang di beri oleh pihak KADA ke tanah sawah padi di Kampung Kolam. Asalnya tanah sawah padi ini di usahakan oleh pemilik lot tanah masing-masing.

Atas inisiatif pihak KADA, tanah ini dengan perjanjian tertentu, pihak KADA “mengambil alih” usaha tanaman padi dengan menjadikan “ladang sawah padi”. Hasil nilai padi mengikut RM di berikan kepada pemilik tanah setelah di tolak kos penyelenggaraan dan pengurusan “buat padi”

Tanah milik saya kini, dulunya milik almarhum ayahanda yang “tidak diserah” kepada pihak KADA untuk sawah padi “Ladang Merdeka” itu. Almarhum ayahanda membina kolam ikan air tawar dan di sebahagian tanah di tanam pokok stan, durian, dokong dan kelapa.


[ Gambar 1 ]
Pokok stan yang di tebang, boleh tahan juga besar kecil nya. Berapa nilai RM ini ?


[ Gambar 2 ]
Sebahagian pokok stan yang di tebang. Kenapa yang ini di tinggalkan disini ?


[ Gambar 9 ]
Kayu jenis chengal, “raja kayu” yang di guna jadi “sempadan”. Ini pengurusan “orang tua” almarhum ayahanda ku yang manjadi pemilik tanah ini sebelum bertukar milik kepada ku.


[ Gambar 10 ]
Sebahagian kayu stan yang di biarkan berada diatas jalan dan dalam tali air tanpa pengurusan yang cermat, teliti bertanggung jawab. Tak salahkah ini dengan pihak KADA ?

Gambar atas.
Dari tempat kejadian di Kampung Kolam, kelihatan sejauh 5 kilometer Kampung Bukit Bidang, Selising, dalam Jajahan Pasir Puteh. Bukit berubah gondol kerana projek Bukit Kijang Kuari yang banyak memanfaatkan batuan untuk pembangunan di Kelantan.

Cerita bermula di Masjid Perpaduan Ummah [ MPU ] semalam, Isnin, 29 April 19 bersamaan 23 Syaaban 1440, abang Harun Tok Bilal MPU bertanya seorang hamba ALLAH SWT berkenalan dengan seseorang.

Bermula bila seorang hamba ALLAH SWT yang singgah solat di MPU beritahu beliau ke Kampung Kolam kerana urusan “ambil pohon stan” di Ladang Merdeka. Kerja menebang dan mengambil pokok stan kerana di suruh tebang dan sodok oleh abang kepada tuan punya tanah.

Bila tanya abang tuan punya tanah pula, abang tak tahu menahu. Lalu yakinlah bahawa ini tentu ada sesuatu “sabotaj” atau “silap faham”.

Apa kesudahannya ?. Apa takhdir yang bakal terjadi. Tengok Selasa ini.

Sekian. WaLLAHu a’lam
Terima kasih.

Saudara anda di jalan ALLAH.


FIKRI MASJID UTHMANI
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN
Hp : 013-9976499.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *