RANTAU

Ramai peRANTAU dari seluruh negara kini sebagai peRANTAU di RANTAU, Negeri Sembilan.
Yang berbeza dari peRANTAUan sebelum ini ialah peRANTAU yang berada di RANTAU sehingga ke esok hari ialah mereka yang datang untuk bekerja dan bekerjasama dalam Pilihan Raya Kecil [ PRK ] RANTAU untuk menangkan Tok Mat, calun BN.

…Gambar semalam ; Presiden PAS dan Pemangku Presiden UMNO, calun PRK RANTAU…

Semuga; doa, harapan dan kerja “insya ALLAH” Tok Mat, Pemangku Presiden UMNO akan menang dalam PRK ini.

Kenapa Tok Mat akan menang ?
[ 1 ] PRK ini adalah yang PRK ketiga selepas Cameron Highland dan Semenyih yang telah di menangi oleh BN sebagai pembangkang. Pengaruh kemenangan PRK terdahulu menguasai RANTAU.
[ 2 ] PRK, semua dalam masa mood rakyat “benci” dan “tidak percayakan” Pakatan Harapan yang di lihat banyak kesilapan dalam pentadbiran negara. “Mood” ini masih kelihatan tidak berubah. RANTAU memanjangkan lagi mood itu.
[ 3 ] PRK RANTAU ini adalah ujian “berbisa” dari ALLAH SWT untuk melihat sejauh mana keyakinan juga kefahaman umat ISLAM dan bangsa Melayu tentang “PERPADUAN UMMAH”. Kepaduan PAS dan UMNO sehingga kini tambah intim. PAS memutuskan dan mengarahkan jenteranya “bekerja dan bekerjasama” sepenuhnya di PRK RANTAU. ARAHAN PAS ini di terima sepenuhnya oleh ahli PAS yang merupakan jentera dan petugas PAS. Gerak kerja jentera PAS jelas kelihatan.
[ 4 ] PRK ini tidak mampu untuk memulihkan karisma Anwar Ibrahim yang jatuh setelah Anwar Ibrahim menyerang hendap PAS di PRK Semenyih lalu. Ramai menyebut Anwar tidak sedar diri.
[ 5 ] PRK ini, calun BN sebagai pembangkang adalah penyandang selama tiga penggal di RANTAU. Juga, perlu di ingati dan di fahami bahawa Tok Mat adalah mantan Menteri Besar Negeri Sembilan yang “bersih” dan di senangi.
[ 6 ] Pengundi RANTAU telah matang menilai kegagalan PH.
[ 7 ] Sebagai MUSLIM, tentu tidak sukakan DAP. Senang menilai siapa DAP.
[ 8 ] Kata2 pemimpin PAN adalah ganas, Terutama Khalid Samad yang menyamakan hubungan kerjasama PAS UMNO seperti dan sama dengan kerjasama di kalangan orang Israel. Tidak membuah sokongan malah memunculkan dan mengukuhkan kebencian kepada PAN.

Lapan faktor yang kait mengait u tuk kemenangan Tok Mat “insya ALLAH”

Di ucapkan “Selamat mengundi” kepada saudara seaqidah seperjuangan RANTAU.
Anda antara 20,472 pengundi.

Pengundi telah matang menilai untuk menentukan “insya ALLAH” kemenangan untuk BN
PH perlu di perbetulkan sebelum terlambat.

Sekian. Terima kasih.
Saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp ; 013-99 764 99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *