Nikmat terAGUNG

“Al-HamduliLLAH” rasa syukur terAGUNG yang tak pernah di temui dan rasai sebelum ini.

Ada lagikah perkataan dan ucapan yang lebih baik dan sempurna untuk menyatakan syukur kepada ALLAH SWT ?. Dari sudut ucapan dan perkataan ?.

ISLAM mengajar, luas makna syukur itu. Dengan nikmat anugerah ILAHI, sewajarnya hamba meningkatkan taraf dan tahap perhambaan dan pengabdian. Itulah kewajaran tepat membalas nikmat ILAHI.

Saya selaku seorang bapa telah di anugerahi ILAHI, kini menjadi seorang bapa kepada seorang anak yang telah tamat hafiz al-Quran. Tinggal lagi untuk dapatkan syahadah dari madrasah iaitu MADRASAH QURAN KUBANG BUJUK. Kini, SYAHADAH dalam proses persiapan terakhir.


.

Ahmad Fathi Rabbani bersama Ahmad Fathan Jundullah…hanya 2 lelaki ber bin FIKRI

Bersama anaknda ketika ziarah pada Rabi-ul-Awwal yang lalu
.

Saya bersama … ketika “outing”, cari barang keperluan untuk hidup di asrama MQKB.. di Pasaraya Mydin


Bersama Nenek dihari ziarah Fathi
.

Ini gambar AHMAD FATHI RABBANI 9 tahun lalu, 2010 semasa Darjah Satu di Sekolah Menengah Agama Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.

Semua ibu bapa hendakkan kejayaan bagi anak mereka. Ini anugerah ILAHI.

Sekian. Terima kasih.
Saudara anda dijalan ALLAH.

Fikri Masjid Uthmani,
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp : 013-99 764 99.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *