Nama, seorang bapa dan ibu ketika menamakan anak mereka, mendaftar nama bayi kepada Jabatan Pendaftaran Negara [ JPN ] adalah dari nama terpilih yang di sukai dari sekelian nama.
Dalam ISLAM, ada garis panduan jelas menamakan nama anak. Haram hukumnya, menamakan anak sama seperti nama ALLAH iaitu al-Asma-ul-Husna.
Bagaimana pula nama masjid ? Saya menamakan masjid yang di bina di atas tanah yang saya WAKAF fi sabiliLLAH itu dengan nama MASJID UTHMANI.
Kenapa di beri nama MASJID UTHMANI ? Patut juga di jelaskan. Saya sebutkan asar tadi di hadapan jamaah solat asar sewaktu tazkirah ringkas selepas asar, saya selitkan, kenapa di namakan MASJID UTHMANI ?
Jamaah solat asar itu ialah 100 orang pelajar dari asrama Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Darul Ulum Al-Muhammadiah [ SMADUAM ] bersebelahan MASJID UTHMANI bahawa, masjid di namakan Masjid Uthmani kerana ;
Pertama ; UTHMAN adalah nama asal pemilik tanah tapak Masjid Uthmani. Almarhum ialah Tok Ki kepada ibu hamba ( admin ) USMAN bin ABU BAKAR.
Kedua ; UTHMAN ialah nama Sayyidina Uthman, salah seorang sahabat RasuluLLAH SAW, yang di segani malaikat.
Ketiga. ; UTHMANIAH adalah nama Daulah Islamiah yang terakhir yang berpusat di Turki, jatuh pada 1924.
Nama MASJID UTHMANI, “insya ALLAH”, boleh di fahami dari sudut yang lebih luas dan bermakna untuk ISLAM dan keIMANan kita.
PERTAMA dari segi hukum ; kita selaku umat Nabi Muhammad SAW wajib mengasihi keluarga dan sahabat RasuluLLAH SAW.
Dengan menamakan sempena nama Sayyidina UTHMAN Rhu. di harapkan kita selaku umat akhir zaman, bila mendengar nama sahabat agung ini, tumbuh dan muncul serta bertambah rasa kecintaan dalam hidup kita kepada yang sepatutnya dan ia “menyampaikan” kita kepada ALLAH SWT.
KEDUA dari segi kasih sayang dan keakraban kekeluargaan ; selaku generasi keempat dari antara cicit kepada Tok Ki USMAN bin ABU BAKAR, tuan punya asal tanah tapak MASJID UTHMANI adalah di harapkan muncul rasa kebertanggungjawaban dalam jiwa anak cucu untuk mengimarahkan MASJID UTHMANI. Tentunya, yang amat di harapkan agar anak cucu dan cicit mendoakan nenek moyang mereka yang telah lama meninggalkan dunia ini. Juga di harapkan “menyampaikan” kepada ALLAH SWT.
KETIGA dari segi perjuangan. Bagi mereka yang memahami ISLAM, tentu faham jua bahawa ISLAM itu ad-Deen dan Daulah. Kita umat ISLAM kini ketiadaan DAULAH ISLAMIAH. Daulah UTHMANIAH adalah daulah yang terakhir yang jatuh pada 1924. Kita wajib memperjuangkan kembali kewujudan Daulah Islamiah di dunia ini bagi melaksanakan hukum ISLAM.
Dari gabungan ketiga sebab itu, saya selaku Pengerusi MASJID UTHMANI amat suka hati menamaikan MASJID UTHMANI
.
Gambar yang menunjukkan sebahagian pelajar asrama SMUDUAM Kolam pada waktu malam ( maghrib – isya’ ) di MASJID UTHMANI
Pemandangan dari arah sebelah luar ; kiri MASJID UTHMANI, timbunan tanah sebanyak 16 lori di tempat yang di cadangkan untuk di bina ;
(1) tandas awam (2) bilik masak (3) bilik tetamu (4) landskap taman masjid ….. tanah yang belum di ratakan.
Sehubungan dengan ini “Al-HamduliLLAH” dan saya mengucapkan “jazakumuLLAHu khairan jaza’ kepada para penyumbang.
Kepada hamba ALLAH SWT yang ingin mengINFAQ untuk membina bersama 3 bangunan kemudahan asas itu bolehlah memasukkan sumbangan melalui akaun atas nama MASJID UTHMANI.
“INFAQ di DUNIA untuk AKHIRAT kita”.
WalLLAHu a’lam. Sekian.
Terima kasih.
Saudara anda di jalan ALLAH
Fikri Masjid Uthmani, Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.
Hp; 013-99 764 99.