REJAB tiba lagi. Kali ini di tahun 1440 H. Dapat hamba mengatakan “tiba lagi” kerana hamba masih ada lagi di dunia ini.
Bulan ini adalah setaraf dengan bulan Zul Qaedah, Zul Hijjah dan Muharram. Rejab salah satu dari empat bulan yang di muliakan ALLAH SWT.
Di sarankan supaya umat ISLAM meningkatkan amalan baik pada bulan ini. Kebaikan adalah umum. Lakukan apa saja kebaikan yang boleh di masukkan dan di kira dalam amal soleh.
Yang tentunya, ada antara saudara dan sahabat kita yang tidak sempat bersama Rejab tahun ini.
Yang jelasnya, Rejab adalah pintu sebelum Sya’ban untuk memasuki Ramadhan yang akan tiba. Gembira menerima Rejab.
Sekian, terima kasih.
Saudara anda di jalan ALLAH.
Fikri Masjid Uthmani Kampung Kolam, 16400 Melor, KotBharu, Kelantan.