CABARan PAKATan UMMAH

Pengisytiharan resmi PAKATAN UMMAH -(PU)-telah mendapat perhatian dan reaksi yang berbagai dari berbagai pihak.

Saya tidak ketinggalan untuk membuat ulasan dan reaksi.  kerana saya sebagai salah seorang Muslim. ISLAM menuntut umatnya supaya mengambil perhatian tentang urusan umat ISLAM.

Saya ambil perhatian dan tanggung jawab sekadar kemampuan peribadi yang lemah ini.

Malah, pelancaran atau kewujudan blog atas nama peribadi saya ‘ fikri-mu ‘…( fikri masjid uthmani ) adalah atas kesedaran, rasa tanggungjawab dan tidak mahu berlakunya kekosongan dalan kewujudan perjalanan menuju RABBINA yang boleh saya penuhi dan berperanan “walau setitik air dari muncung paruh’ dalam persekitaran saya.

Jelas, PAKATAN UMMAH tambah di kenali. Muncul komen yang negatif dan positif. Yang negatif tidak melemahkan pimpinan untuk memantapkan PU. Yang positif, saya bersangka baik, telah pun ada dalam jawapan kajian sebelum pengisytiharan PU dan pimpinan PU tidak leka dan lalai apatah lupa diri. “Na’uzubiLLAHi minzalik”

Diantara sekelian reaksi itu, yang paling ketara terkeluar dari batas-batas kebaikan ialah reaksi pertama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mensifatkan PU PAS-UMNO sebagai “pengisytiharan perang” kepada bukan Islam.

Walaupun diubah kemudiannya oleh LGE, kata-kata LGE itu boleh memanaskan keadaan dan mengundang bahaya serta mengancam ketenteraman Malaysia.

Apa sebab LGE laju sangat ni ? Apa yang LGE nak tanamkan dalam pemikiran DAP. Laju yang memberi masalah seperti Sidang Media Morthy di parlimen yang mengecam pihak PDRM dan seorang YB yang menulis dalam status FB beliau bahawa apa yang berlaku di kuil itu di sebabkan kerja “Muslim”.

Jika LGE berfikir baik untuk Malaysia, banyak lagi kata-kata yang bersifat matang yang boleh di ucapkan.

DSAI mengulas keberadaan Melayu bukan dalam PU semata. Melayu ada dalam PKR dan PPBM. Tun M tidak gentar dengan kerjasama PAS – UMNO. Tidakkah nampak sopan dan tidak menimbulkan kemarahan PAS !!.

Walau macamana pun menguntungkan PU ! Tunggu, teliti dan tengok lah ! Kami MUSLIMIN akan ditolong ALLAH. “Aamiin”

Sekian, terima kasih.

Saudara anda di jalan ALLAH

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *