Segala PUJI PUJIAN bagi ALLAH SWT yang melunakkan hati, menyatukan hati hamba yang berkalimah syahadah. Selawat dan salam kepada junjungan afdhalul makhluqat, penutup mursalin, Rasul akhir zaman dan pengikut baginda di akhir zaman ini.
“Dengan nama ALLAH…” saya ucap “TAHNIAH” kepada kepimpinan PAS – UMNO di atas kejayaan memantapkan hubungan kerjasama yang telah terjalin.
Menamakan resmi hubungan PAS – UMNO dengan nama PAKATAN UMMAH adalah suatu langkah dan nama yang amat tepat sekali.
Saya doakan dan akan terus mendoakan kejayaan ini mencapai sasaran kepentingan ummah dunia akhirat. “Aamiin”
Bukan saja tepat tetapi ia adalah suatu nama yang bermatlamat jauh bila disebut UMMAH. Statusnya adalah untuk menyelaraskan KERJASAMA.
Sekiranya, keberadaan niat yang benar dan kukuh beserta susunan kerjasama yang mantap padu, PAKATAN UMMAH ini mampu membina dan membangkit UMMAH untuk jangka masa panjang. Ia bukan untuk PRK dan PRU saja !!!
“Al-HamduliLLAH” dengan nikmat ini. Jutaan Tahniah kepada saf kepimpinan !
Hubungan PAKATAN UMMAH ini, nampaknya mendapat perhatian dari pemimpin PH. Hubungan ini sedikit sebanyak menggangu harapan mereka untuk menguasai Melayu.
DAP yang licik menguasai Melayu yang memperalatkan Melayu PAN, PKR yang licik ingin membolot semua bangsa ke dalam partinya terganggu kerana majoriti Melayu berada dalam PAS dan UMNO dan Melayu adalah majoriti.
Penguasaan PAS – UMNO mampu mencabar, mengugat PH. PH yang “terjerat” dengan rentak angkuh DAP telah di sedari Melayu. Terbukti di PRK Cameron Highland dan PRK Semenyih tempohari. Trend lalu, parti pihak pemerintah yang menyandang, mempertahankan kemenangan mereka, kini tak dapat bertahan, kalah. Berapa kawasan parlimen dan DUN yang PH menang tipis ?
“Insya ALLAH” PAKATAN UMMAH mampu memberi kebaikan untuk semua.
Sekian, terima kasih.
Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.