Anaknda ku
Abi catatkan disini pesanan abi kepada anaknda berdua
Sekarang anaknda sedang mengikuti pengajian al-Quran dalam bidang hafazan. Anaknda sedang dan selalu bersama al-Quran.
Detik demi detik, guru memandu dan menunjuk ajar anaknda. Ajaran dan petunjuk dari guru adalah terbaik sekali untuk anaknda.
Ayahanda faham dan rasa bangga bersyukur kerana anaknda dapat mengikuti jadual dan peraturan asrama. Itu terbaik untuk anaknda.
Dapat bangun pagi pada setiap jam 4 pagi. Seterusnya bersama2 sahabat bersolat tahajud. Menunggu waktu solat subuh berjamaah. Melakukan zikir tertentu pada setiap pagi dan petang. Alangkah besarnya nikmat ini.
Di samping itu ayahanda telah sebut kepada anaknda. Banyakkan berdoa. Masa belajar ini, sekiranya ada masalah, mana manusia yang tak ada masalah kan ? Penyelesaiannya ialah dengan bermunajat dan berdoa kepada ALLAH SWT. Adukan apa saja yang ada dalam hati itu kepada ALLAH SWT.
Ayahanda telah ajar doa2 itu dan anaknda telah mengingati bacaan doa itu. Kan pada setiap pagi kita ; abi, mama, anaknda dan adik berdoa bersama di atas kereta dalam perjalanan ke sekolah Ittihadiah Tanjung Pagar [ ITP ] ?
Adukanlah kepada ALLAH SWT, rintih rayu lah kepada NYA setiap perkara, permasalahan dalam masa belajar ini. DIA Yang Maha Pengasih dan Penyayang menyukai rintihan dan rayuan hamba NYA. Apatah lagi penuntut ilmu agama tercinta ini.
Hidup kita ini adalah ujian. Apatah lagi sebagai penuntut ilmu agama NYA. Di uji NYA untuk memantapkan peribadi ; membentuk keperibadian dan memantapkan tauhid serta membina matlamat hidup demi kepentingan akhirat.
“Insya ALLAH”
Ayahanda yakin anaknda berjaya dengan izin ALLAH SWT.
….setakat ni dulu.
Sekian…Terima kasih
Saudara anda di jalan ALLAH
Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.