MemperINGATkan keMENANGan & HATI hamba


Meraikan kesepatutan dan kebenaran dalam PERJALANAN MENUJU RABBINA. “TAHNIAH kepada keseluruhan mereka yang merasakan menang di PRK Semenyih”.

Apa yang saya amati, tentang suatu keBENARan, keSEPATUTannya setiap MUSLIMIN di Malaysia merasakan “menang” dan “kemenangan bersama”, dengan keputusan di PRK Semenyih itu serta bersyukur dengan nikmat ini.

Yang terSURAT dan terSIRAT
di atas kertas undi, UBN yang menang mengalahkan PH walaupun PRU 14 Mei 2018 lalu PH menang. Kini DUN Semenyih di rampas UBN.

Yakinlah akan keBENARan “KERJASAMA; “dasar kerja” dan “wawasan” UBN & PAS menentang PH di PRK Semenyih untuk menyedarkan, memulihkan kaum MUSLIMIN dan bangsa MELAYU yang di nafikan hak keMUSLIMinan dan hak keMELAYUan mereka.

Kerjasama untuk MEMULIHKAN keporak-perandaan KEDUDUKAN ISLAM ; Muslimin dan Melayu di Malaysia di kira berjaya.

Sejak bertukar kerajaan UBN ke PH, slogan Malaysia Baharu kerajaan baru pilihan rakyat ini menjadikan perlaksanaan ISLAM di Malaysia undur ke belakang.

Bangsa Melayu yang merupakan bangsa majoriti dan bumiputera Malaysia di ketepikan.

MUSLIMIN UBN – PAS mula mengorak langkah BERSATU dan BEKERJASAMA pertama kali di PRK Cameron Highland.

Kerjasama kali ini adalah lanjutan hasil dan kesan baik dari kerjasama di PRK CH. Syukur, “al-HamduliLLAH” telah bertambah hasil manfaat KERJASAMA itu.

Kesan kerjasama yang jelas untuk membolehkan langkah lebih baik, kukuh diatur. AGENDA GERAKAN KERJASAMA seterusnya menentang kerakusan DAP itu WAJIB di perkasakan sebaik mungkin.

Hakikatnya, MUSLIMIN dalam PH mesti rasakan juga keMENANGan ini kerana UBN dan PAS itu dari parti SAUDARA MUSLIM jua. Jangan terperangkap !!. Cukuplah berputus dan bermusuhan selama ini.

Hakikatnya, kini MUSLIM dalam PH jelas “tidak berani” dan “tidak ada jalan” untuk menegur DAP tetapi MUSLIM Melayu dari PAS dan UMNO tetap menegur lantang atas nama pembangkang melaksanakan “pengISLAHan”.

PAS telah sekian lama jadi pembangkang dan kini giliran UBN pula. Syukur, dengan wujudnya jalinan kerjasama kedua parti besar ini.

UMNO telah berkorban. PAS jua berkorban. Berkorban perasaan atas nama ISLAM. PAS – UMNO di kutuk teruk. Syukur, ISLAM dan MELAYU jadi pengikat hubungan dengan PAS. Nampak kecil saja kutukan itu.

Itulah kebenaran dan kesepatutannya. Justeru, demi kebenaran dan kesepatutannya, langkah seterusnya ialah langkah jaga pengurusan dan pengendalian hati HAMBA dalam politik dan gerak kerja organisasi politik itu.

Jika UBN dan PAS ingin meneguhkan kemenangan dan menang seterusnya MESTI JAGA HATI dari penyakit hati politik kotor yang menghancurkan dalam perjalanan politik dan ummah. Sejarah dan pengalaman telah cukup mengajar ! MUSLIMIN dan MELAYU telah MATANG di kemuncaknya.

Persoalan HATI DALAM POLITIK akan selamat dunia dan akhirat jika menjadikan ISLAM sebagai landasan dan perjuangan.

Perjuangan politik atas dasar KEBENARAN adalah perjuangan membersihkan hati dan rohani sebagai bekalan dan sumber gerakan.

Apatah lagi UMNO dan PAS yang telah puluhan tahun “bergaduh” dan “bermusuh”. Setelah “berbaik”, maka menyusun langkah; menyusun “kerjasama” demi al-ISLAM.

Maka dalam setiap anggota dan peribadi parti mesti menyelia dengan serapi dan secaknanya persoalan dalaman iaitu pengawalan hati supaya kemas kukuh dengan MATLAMAT perjuangan, menyatukan MUSLIM dan MELAYU untuk demi REDHA ILAHI.

Sama-samalah berkorban hati dari “kecelakaan” kepentingan melampau yang merosakkan. Pengorbanan WAJIB ini WAJIB tingkatkan secepat mungkin demi masa depan ISLAM

Dalam PH, mereka yang jujur serta memahami “kekalahan dan kemenangan”, atas kertas UBN yang menang, namun demi al-ISLAM hendaklah tambah tenang dan matang, jujur menilai kemenangan UBN dan jujur muhasabah meneliti kekalahan PH untuk al-ISLAM jua.

Ini realiti terkini…

Kekecewaan DAP tidak sama dengan anda yang layak merasakan “menang” itu. DAP dengan “ori kekafiran” mereka tetap merasakan ISLAM dan Melayu itu musuh “ori kekafiran” mereka. Mereka tetap berdendam dan memendam perjuangan.

Anda tak yakin ke DAP sedemikian ?

Kesimpulan SEMENYIH… Kemenangan ini WAJIB di jaga dan di selia serapi-rapinya. Kemenangan tidak datang menggolek. Faktor usaha, taktik dan strategi bukan yang utama.

Yang utamanya, bagi MUSLIMIN ialah bantuan dan pertolongan ALLAH SWT kemudian taktik dan strategi.

ALLAH SWT menghendaki kemenangan MUSLIMIN dan MELAYU MUSLIM. Muslimin Melayu menyedari dan menginsafi sejarah lalu PAS – UMNO dan kini apa yang di lalui di bawah “cengkaman DAP” yang menghancurkan AGAMA ISLAM dan BANGSA.

Justeru, bebanan menjaganya terpikul ke atas UMNO dan PAS. Semuga kedua parti MUSLIMIN dan MELAYU ini tambah meningkat MATANG sepenuhnya. Mengurus dan memantau HATI SUCI BERSIH cintakan ISLAM.

ISLAM di angkat sebagai titik PERPADUAN dan KERJASAMA politik. Semuga berSABAR dan ISTIQAMAH.

Rakyat ..MUSLIMIN dan MELAYU sudah bersedia. “Insya ALLAH”.

Sekian, sekali sekala berulasan politik dalam pengamatan perjalananan menuju RABBINA ini.

WalLAHu a’lam

Saudara anda di jalan ALLAH SWT.

Fikri Masjid Uthmani.
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan DN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *