ADUHAI RASULULLAH SAW

Setiap sesuatu itu ada latarnya. Semuanya bersebab dan tiada yang tiada sebab kepada lataran itu.

“ADUHAI RASULULLAH SAW”, tajuk yang mengambarkan rasa hati dan keluhan yang mendalam dari lubuk hati umatnya.

Sebuah pengakuan zahir. Hakikatnya, hati itu hanya ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui.

Keluhan kerana wujudnya suasana terbuka penghinaan terhadap RASULULLAH SAW.

Mengikut hukum ISLAM, hukum tauhid, hukum ‘aqidah, menghina diri RASULULLAH SAW menyebabkan seseorang itu jadi kufur. “Na’uzubiLLAHi minzalik”..  “Kami mohon berlindung dengan ALLAH dari sedemikian kekufuran”

Jika dari seorang yang beragama ISLAM, boleh batal keISLAMannya di sebabkan perlakuan penghinaan itu. Ringkasnya menjadi murtad.      “Na’uzubiLLAHi minzalik”.

Kini,  sebahagian… ada diantara non muslim berani melakukan penghinaan kepada baginda RASULULLAH SAW.

Tidak terkejut akan perlakuan itu kerana kekafiran menjadikan mereka sedemikian.

Namun, dari sudut perhubungan sesama yang beragama, perlakuan sedemikian adalah suatu yang buruk dan di bimbangi memburukkan lagi keadaan.

Penyelesaiannya, kita Malaysia  boleh mendidik diri dengan panduan agama bahawa setiap agama perlu “berlapang” hati dan “berlapanh” matang dengan setiap perbezaan pegangan antara kita.

Kesepatutan ada, hormat menghormati dan kesediaan memahami perbezaan.  Maka wujud keharmonian antara kita se Malaysia.

Bagaimana untuk mewujudkan rasaan “berlapang” dengan setiap perbezaan ini ?. Jawabnya mesti di mulai dengan pemerintah melalui Kementerian Pendidikan.

Pemerintah mesti mewujudkan suatu sukatan pelajaran moral di sekolah sejak dari peringkat rendah lagi. Mulakan ! Atas matlamat keharmonian dan perpaduan Malaysia masih tidak terlewat !

Pembinaan manusia Malaysia dengan akhlak “standard Malaysia” dari sukatan pelajaran moral yang mengambil kira kepelbagaian ; masyarakat majmuk perlu di ambil kiraan yang penting dan utama sekali.

Dari pendidikan, jika ada yang masih kurang adab dan terlalu sentimen tidak meraikan keperbezaan ini barulah dikenakan hukuman yang setimpal.

Semuanya wajib ikhlas membina diri, bangsa dan wajib menjaga kehormatan beragama. Semuanya untuk mencapai matlamat RUKUN NEGARA MALAYSIA.

Sekian, “Perjalanan Menuju Rabbina” dari penghayatan kerdil saya kali ini.

Saudara anda di jalan ALLAH SWT.

Fikri Masjid Uthmani
Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan D.N.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *